Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuang rekod Papagomo daripada senarai pengundi pos mengesahkan penulis blog pro-Umno itu "pengundi hantu", kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.
"Semakan kami pagi ini dengan Sistem Semakan Daftar Pengundi SPR menunjukkan bahawa rekod yang didaftarkan bawah RF142863 telah pun dibuang dari daftar pengundi seperti yang dibuktikan oleh paparan skrin," kata Rafizi dalam kenyataannya hari ini.
"Ini mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris @ Papagomo adalah individu yang sama dan telah didaftarkan sebagai pengundi hantu, oleh sebab itulah rekodnya dibuang dari senarai undi pos."
Rafizi juga membekalkan tawan skrin (screen capture) bagi carian itu bagi membuktikan dakwaannya.
Beliau semalam mendakwa Papagomo pengundi hantu, yang boleh mengundi di Ampang dan Wangsa Maju, berdasarkan carian di laman web SPR menggunakan nombor kad pengenalan (IC) penulis kontroversi itu.
Menurut Rafizi, Wan Muhammad Azri memiliki dua IC - satu IC polis ketika bertugas sebagai koperal polis trafik dan satu IC awam.
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment