Monday, 25 March 2013

Suka Berpoya-poya Dan Tidak Ke Masjid Punca Reezal Merican Ditolak Pengundi

Umno Pulau Pinang kini serba tak kena dibuatnya kerana menurut risikan terbaru, hanya dua kerusi parlimen selamat di negeri itu. Kedua-dua kerusi tersebut adalah Kepala Batas dan Tasik Gelugor.

Bekas perdana menteri, Abdullah Badawi yang mewakili Kepala Batas sejak pilihanraya tahun 1978 diramal tidak mahu dicalonkan semula, walaupun beberapa pemimpin Umno di Kuala Lumpur merayu supaya dia terus bertanding.


Pak Lah hanya mempunyi kira-kira 20 hari lagi untuk membuat keputusan sama ada bertanding atau menyerahkan kerusi mereka kepada muka baru. Sekiranya Pak Lah tidak mahu bertanding, nama panas seperti Exco Pemuda Umno, Reezal Merican Naina Merican akan dicalonkan.

Bagaimanapun Reezal tidak disenangi penduduk Kepala Batas kerana tabiat berpoya-poya dan jarang turun ke masjid atau surau sebaliknya banyak masanya dihabiskan di Kuala Lumpur.

Pengundi Kepala Batas mahukan seorang pemimpin yang beragama dan merendah diri dan ini merupakan masalah besar buar Reezal yang langsung tiada ciri-ciri sedemikian.

Pemimpin Umno bahagianpun kurang senang sekiranya Reezal dicalonkan kerana PAS yang mewakili Pakatan Rakyat akan menurunkan calon berlatar belakangkan agama dan mesra dengan pengundi parlimen itu.

Itulah sebabnya pemimpin Umno bahagian mahu mencalonkan seorang ustaz dari kawasan itu dan secara senyap-senyap menolak Reezal yang bukannya Melayu tulen pun.

Berbanding Kepala Batas, di Tasek Gelugor agak tenang dengan perkembangan bahawa Nor Mohamed akan mempertahankan kerusinya buat penggal ketiga berturut-turut setelah menewaskan calon PAS, Ismail Salleh dengan majoriti sederhana, 4,547 undi.

Walaupun kedua-kedua kerusi tersebut dianggap boleh menang, malangnya kerusi lain yang ditandingi Umno nampaknya tidak berubah nasib.

- Sumber



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP