Gambar: Pembongkar Rahsia. |
Kumpulan pertama merancang perkara itu pada 1988 untuk menculik dan membunuh Dr Mahathir manakala kumpulan kedua pula pada 1994, yang mahu melempar bom petrol ketika beliau melakukan lawatan di Semarak.
Perkara itu didedahkan bekas EXCO Pemuda PAS Kedah, Zainon Ismail atau lebih dikenali dengan nama pena CN Afghani, 57, dan bekas Timbalan Ketua Keselamatan PAS Kelantan, Shaidi Hussin, 45, kepada pemberita selepas menghadiri majlis Himpunan Selamat Tinggal PAS di Gaal, di sini, malam kelmarin.
Zainon yang juga penulis buku Kafirkah Aku mendakwa dia bersama lebih 30 orang yang semuanya ahli PAS, merancang untuk menculik dan seterusnya membunuh Dr Mahathir yang dianggap darahnya halal.
Oleh kerana ketika itu saya lihat sistem pilihan raya di Malaysia lambat untuk PAS mencapai kemenangan, saya merancang untuk merampas kuasa atau membunuh Perdana Menteri pada masa itu.
Kami juga telah menyiapkan Kabinet sementara dengan melantik Haji Hadi (Datuk Hadi Awang) sebagai Perdana Menteri. Bagi kami ketika itu membunuh Dr Mahathir adalah satu ibadat. Kami memahami sebegitu daripada Amanat Haji Hadi.
Rancangan dapat dihidu
Bagaimanapun, sebelum rancangan itu berjaya dilaksanakan pihak keselamatan dapat menghidu rancangan kami dan sebahagian ahli kumpulan ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), katanya yang mengakui tidak memaklumkan mengenai rancangan itu kepada kepemimpinan atasan PAS ketika itu.
Ditahan mengikut ISA
Zainon yang pernah ditahan mengikut ISA selama enam tahun dari 2001 hingga 2006 berkata, PAS kini tidak lagi memperjuangkan Islam malah telah menggadai agama suci itu selepas bertahaluf siyasi (kerjasama) dengan DAP dan PKR.
Shaidi pula mendedahkan selepas berlaku peristiwa pembunuhan di Memali pada 1985, beliau diarahkan oleh ketuanya untuk merancang membunuh Dr Mahathir.
Katanya, mereka merancang untuk melempar bom petrol yang dicampur dengan racun ketika lawatan Dr Mahathir di Semarak.
Bagaimanapun, katanya, cubaan itu gagal kerana kawalan ketat oleh pihak keselamatan terhadap Dr Mahathir ketika itu.
Ketika itu saya yakin saya benar kerana kepemimpinan PAS ambil sejarah Rasulullah dan membandingkan dengan sejarah perjuangan PAS. Di situ saya yakin sehingga sanggup untuk menyertai komplot membunuh Dr Mahathir, katanya yang mendakwa mendapat latihan ketenteraan di selatan Thailand. - erapasca
2) Di mana dalam amanat ini mengatakan orang UMNO kafir
3) UMNO hanya untuk orang BODOH - Amanat Mahathir.
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment