Tuesday 26 March 2013

Pemuda Umno Kedah Meroyan Sakan Sebab Masjid..

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak digesa memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 48 jam berhubung tindakan kerajaan negeri mempolitikkan isu pembinaan 12 masjid melalui pengedaran buku ‘Sayangi Kedah Sejahtera’.

Ketua Pemuda Umno Kedah, Badrol Hisham Hashim berkata, mereka kesal maklumat yang dicetak seolah-olah menggambarkan 12 masjid yang dibina sejak 2008 itu dilaksanakan oleh kerajaan negeri dan kenyataan terbabit tidak benar serta boleh mengelirukan rakyat.


Menurutnya, kerajaan negeri perlu bersikap telus dan tidak terus membohongi rakyat dengan mengakui projek pembangunan menggunakan peruntukan wang kerajaan pusat sebagai projek mereka.

“Jika beliau enggan berbuat demikian (mohon maaf) serta menarik balik fakta yang tidak benar itu, kita bersiap sedia mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang untuk menyaman kerajaan negeri di mahkamah.

“Kesalahan yang dilakukan itu adalah satu perkara serius kerana membabitkan rumah ALLAH,” katanya kepada media di pejabat Pembangunan Negeri Kedah (ICU) Wisma Persekutuan Anak Bukit, di sini, semalam.

Badrol berkata, mereka mendesak Azizan bertanggungjawab terhadap isu berkenaan dengan tidak menyalahkan pihak lain termasuk memberi jawapan tidak tahu mengenai kewujudan senarai masjid terbabit.

Sementara itu, Pegawai Pembangunan Negeri, Datuk Azmi Lateh tampil mendedahkan peruntukan membina 11 daripada 12 masjid berkenaan disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan dan sebuah lagi disumbangkan orang persendirian.

“Sepanjang tempoh lima tahun kerajaan pusat memperuntukkan RM38.4 juta membina 22 masjid baru termasuk melibatkan 11 masjid berkenaan. Daripada jumlah itu 14 masjid sudah siap manakala lapan masih dalam proses pelaksanaan.

“Berikut 11 masjid terbabit iaitu masjid baru di Bandar Laguna Merbok, Kuala Muda (RM1.8 juta) menggunakan peruntukan khas Perdana Menteri, Masjid Batu 5, Jalan Jeniang, Gurun (RM2 juta),” katanya.

Azmi berkata, Masjid Sungkop, Kuala Muda (RM1.8 juta), Masjid Taman Mutiara, Kulim (RM2 juta), Masjid Taman Bersatu, Kuala Kedah (RM 1.5 juta), Masjid Taman Peruda (RM3 juta).

“Masjid Kampung Batu Belacan, Bukit Selambau (RM1.3 juta), Masjid Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani (RM2.2 juta), Masjid Telaga Batu Ayer Hitam, Jerlun (RM1.4 juta), Masjid Bandar Baharu, Kulim-Bandar Baharu (RM5 juta) dan Masjid Kampung Nawa, Pokok Sena (RM1.8 juta).

“Manakala Masjid Batu 8, Sik adalah surau yang dinaik taraf kepada masjid pada pertengahan tahun lalu dan dibiayai sepenuhnya orang persendirian,” katanya.

Beliau berkata, beberapa projek masjid yang masih dalam proses pembinaan dijangka siap selewatnya hujung tahun ini tidak termasuk permohonan baru pembinaan masjid tahun ini.

“Masjid yang siap akan diserahkan kepada Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) untuk proses pengurusan.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP