Penjelasan Datin Seri Rosmah Mansor berhubung cincin RM24 juta dalam buku biografinya mengesahkan pendedahan KEADILAN mengenai barang kemas mewah itu memang wujud.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa berkata, pengakuan isteri Perdana Menteri itu bercanggah dengan kenyataannya sebelum ini yang bersumpah tidak memiliki cincin itu di tangannya, tetapi mengakui ada melihat apabila dibawa masuk ke Malaysia untuk dipamer ‘kepada orang yang ada duit.
Terbaru, dalam terbitan biografi bertajuk ‘Rosmah Mansor’ yang dilancar semalam, beliau menafikan kewujudan cincin itu dan mendakwa ia hanya fitnah dan khabar angin semata-mata.
Rosmah sebaliknya berkata, perhiasan mewah yang dipakainya adalah hadiah dari para tetamunya.
“Sekarang jelaslah cincin itu memang wujud dan kenyataan itu sekaligus menunjukkan Rosmah memang seorang yang gemar bermegah-megah dengan perhiasan mewah,” kata Fariz ketika dihubungi.
Dalam buku tersebut, Rosmah juga menjelaskan, cincin dari New York itu dibawa masuk ke Malaysia pada April 2011 untuk dilihat bakal besannya sebelum dikembalikan kepada syarikat barangan kemas itu pada 13 Mei 2012.
Ini sama sekali bertentangan dengan jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz di Parlimen pada Oktober 2011.
“Dalam isu yang dibangkitkan ini, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) telah merujuk kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan pihak itu mengesahkan bahawa tiada sebarang pembelian ke atas cincin tersebut.
“Setelah beberapa hari (masuk ke Malaysia), cincin tersebut dikembalikan semula kepada syarikat pemunya cincin berkenaan,” kata Nazri Aziz.
Mengulas lanjut, Fariz mempertikai status Rosmah yang diberi barangan mewah sedangkan beliau hanyalah isteri Perdana Menteri dan tidak memiliki sebarang kuasa politik.
“Apa kelebihan Rosmah sehingga dihadiahkan barangan kemas yang harganya mencecah jutaan ringgit?
“Ini satu kemusykilan yang sepatutnya disiasat badan berkuasa seperti SPRM,” kata Fariz.
Beliau berkata, penerimaan Rosmah ke atas hadiah mewah tersebut boleh dianggap sebagai pemberian rasuah.
“Rosmah patut malu menerima hadiah mewah ketika masih ramai rakyat menderita akibat kos sara hidup yang semakin tinggi.
“Beliau sepatutnya buktikan keperibadian sebagai isteri pemimpin yang berjiwa rakyat dengan hidup serba sederhana dan bukannya hanya pandai beretorik,” kata Fariz.
Thursday, 21 March 2013
Pengakuan Rosmah berbelit-belit, tapi jelas cincin RM24 juta wujud!
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment