PETALING JAYA 27 MAC : Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta bersikap professional dan tidak menggunakan pegawainya bagi mengganggu Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) yang menjalankan tugas mereka.
Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa mendakwa beliau dan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dikenakan saman oleh polis kerana mempersoalkan kematian Chang Chin Te dalam tahanan pihak berkuasa itu pada kira-kira 15 Januari lalu.
Beliau mendakwa saman tersebut dibuat Ketua Balai Polis Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahya Ramli pada 18 Februari lalu.
Katanya, dia hadir ke Balai Polis Tropicana di sini hari ini kira-kira jam 11.30 pagi untuk disoal siasat berhubung saman itu.
“Saya kesal terhadap perkara ini kerana ia membuang masa berharga pegawai kanan polis akibat dikerahkan dalam menjalankan siasatan yang tidak perlu terhadap Ahli Parlimen dalam menangani isu masyarakat kawasan mereka.
“Difahamkan Gobind Singh Deo disial siasat dalam isu yang sama pada minggu lalu,” katanya.
Chin Te telah ditangkap dan ditempatkan di Balai Polis USJ 8 Subang Jaya pada 10 Januari lalu.
Beliau mati di dalam tahanan polis dan keluarganya dimaklumkan akan kematiannya empat hari kemudian. Balu beliau, Lim Wei Ni dilaporkan melihat lebam pada muka dan badannya dalam bilik mayat ketika mengambil gambar.
Sivarasa and Gobind Singh telah menasihatkan keluarga Chin Te agar meminta bedah siasat kali kedua setelah mereka curiga terhadap kematiannya.
Sivarasa berkata, sewajarnya polis menumpukan perhatian bagi membanteras jenayah berbanding bertindak terhadapnya dirinya dan Gobind Singh Deo yang menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen.
“Terdapat isu-isu yang jauh lebih serius di negara ini yang memerlukan siasatan.”
Beliau berkata adalah lebih baik jika polis tumpukan perhatian terhadap pengakuan bersumpah penyiasat P Balasubramaniam atau PI Bala tentang pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaaribu,” katanya.
Thursday, 28 March 2013
Lebih Baik Polis Siasat Kes Altantuya Daripada Ganggu MP Pakatan
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment