SHAH ALAM - Setelah hampir setahun menyertai Pas, pelakon, Hairie Othman akui tidak menolak sekiranya ditawarkan bertanding padaPilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang akan diadakan bila-bila masa.
Namun, beliau menegaskan, tidak mengejar sebarang jawatan atau kedudukan dalam perjuangannya itu.
“Macam yang saya cakap tadi, saya... terpulang. Saya tidak mengejar. Kalau tawaran itu datang pada saya, macam peluang datang, saya tidak menolak.
“Bukan saya berkejar, saya nak, saya mencari... tidak. Tapi kalau dipilih, saya tidak menolak,” kata beliau kepada Sinar Harian Online ketika ditemui selepas menjadi ahli panel Wacana Sinar Siri ke-18 yang mengupas tajuk Artis Masuk Politik: Kredibiliti Atau Pancing Undi di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, beliau menyifatkan kemungkinan sebarang tawaran untuk menjadi calon kelak sebagai satu bonus.
“Saya hanya aktivis. Tak ada kepentingan apa-apa. Kalau esok dah sampai masa, orang kata sesuai dan ada kredibiliti, kami ingin melantik, kami ingin memberi ruang, itu lain cerita. Bonus. Dan, saya juga tidak rasa rugi. Itu satu pencapaian.
“Kalau saya bercita-cita, oh esok saya nak jadi YB, nak jadi menteri, tapi semua tak dapat, saya kecewa, saya lompat parti lain pula. Ini tak ada integritilah,” katanya.
Beliau juga memberitahu bahawa artis tidak boleh menentukan sama ada dirinya layak atau tidak.
“Jadi, jika dilantik... kalau kita kata tak mahu, orang kata kita layak, itu adalah sebaiknya. Bukan kita melantik diri kita.
“Sebab kalau jadi sesuatu, orang akan hentam kita. Sebab itu, kita tak boleh nak kejar-kejar, nak mencari-cari jawatan,” katanya.
Tambahnya, “kita tak boleh nak letakkan diri kita sudah layak atau tidak. Biar akar umbi yang menentukan kita. Kita tak boleh nak kata diri kita baik, kita bagus. Biar orang lain menentukan,” katanya.
Tuesday, 26 March 2013
Hairie Othman sedia tanding PRU13 jika ditawar
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment