Sunday, 31 March 2013

TERKINI - Peserta Konvoi Anak Muda Tolak BN Ditahan POLIS

SHAH ALAM: Seramai 500 anak muda dan mahasiswa hari ini berkumpul di Dataran Shah Alam untuk menyertai konvoi Gelombang Anak Muda Tolak Umno BN (Tolak) dari Shah Alam melalui Gombak akan terus ke Dengkil.

Di Dengkil, Tolak akan mengedar risalah agenda Tolak kepada seluruh masyarakat di situ.


Tolak juga akan berkumpul di kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyerahkan satu memorandum menggesa Perdana Menteri itu membubarkan parlimen.

 

Nasrudin Hassan Presiden GAMIS ditahan selepas memimpin Gerakan Anak Muda Tolak UMNO - TOLAK.

 

Nasrudin Hassan Berkampung di hadapan IPD Putrajaya bersama team konvoi Anak Muda TOLAK UMNO dan BN menanti beberapa orang rakan mereka yang masih dalam tahanan polis sebentar tadi.

Kenapa mereka ditahan sampai sekarang tak dinyatakan langsung oleh KP PAS. Rujuk sini. Mungkin KP PAS pun tengah tunggu info dari PDRM kenapa menahan peserta2 KONVOI ke PUTRAJAYA tu..

Jangan2 ditahan sebab memasuki PUTRAJAYA pasal nak serahkan MEMO.. ?

Adoi.. kalau itu la sebabnya.. memang LAWAK la..

TAKANLAH SERAH MEMO pun salah. Sudah la bukan senang nak jumpa PM.. owhh jangan2 timing tak tepat kot. Korang pergi putrajaya nak serah MEMO.. PM plak bercuti... p makan2 dengan ahli keluarga.. adoiiiyaiii PM pun ada hari cuti oke.. apa korang ingat dia robot ke apa?

Sumber - harakah / amenoworld



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP