Sunday, 17 March 2013

Program Mahathir Naikkan Mukhriz MB Kedah Gagal


(Banyak kerusi kosong dari orang ramai... dijangkakan tidak sampai 500 anak Kedah di KL yang hadir)


Cubaan Datuk Mukhriz Mahathir untuk merampas kedudukan sebagai Bakal MB Kedah jika BN menang dari Dato' Ahmad Bashah Md Hanipah nampaknya semakin menjolok mata. Banyak program besar yang dianjurkan Mukhriz tanpa kehadiran Ahmad Bashah. MCA Kedah baru-baru ini menganjurkan program penyerahan sumbangan untuk persatuan-persatuan Cina Kedah tetapi menjadikan Datuk Mukhriz sebagai tetamu utama (nama dan foto diletakkan di backdrop) sedangkan Ahmad Bashah selaku Pengerusi BN Kedah hadir sama.

Pada 16 Mac, kumpulan Mukhriz telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Anak Kedah di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur dengan mengundang Tun Mahathir serta ramai pemimpin UMNO Kedah, malangnya Ahmad Bashah tidak hadir. Adakah beliau sengaja tidak dijemput? Program yang menghimpunkan anak-anak Kedah di perantauan itu turut mengadakan cabutan bertuah sebuah kereta Peugeot 207 dan pelbagai hadiah lagi untuk menarik kehadiran orang ramai namun ia gagal menarik penyertaan anak Kedah di perantauan. Mujur crew pihak pernganjur dari Kedah yang hadir meramaikan, jika tidak Muhhriz mendapat malu besar.

Tun Mahathir memberi ucapan yang agak mengejutkan hadirin apabila berkata, tiada gunanya BN menang di Kedah jika mereka kalah di Pusat. Kenyataannya itu jelas membayangkan bahawa beliau sudah tidak menaruh harapan lagi bahawa BN akan terus menguasai Putrajaya.

 

(Peugeot 207 sebagai cabutan bertuah untuk buat 'bahan pelaris', tapi sayang tak laris pun... makanan dijangka untuk 5,000 orang jahanam macam tu saja, kalau bagi kat orang Rohingya pun dapat juga pahala)



Menang pun belum tentu, tapi siap wujudkan page untuk angkat Mukhriz sebagai MB Kedah... Kesian Mat Bashah berpuluh tahun berjuang dalam UMNO depa buat 'seduit dua' macam tu saja

http://kedahla.blogspot.com/2013/03/program-singkirkan-dato-ahmad-bashah-di.html


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP