Monday 11 March 2013

Mahathir Konfiden Mukhriz Akan Jadi MB Kedah

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, cakap-cakap perebutan jawatan menteri besar Kedah jika BN menang pada pilihan raya umum ke-13 tidak akan menjejaskan gabungan itu kerana anggotanya telah diberi peringatan.

Berucap pada program Bersama Negarawan di Kulim hari ini, beliau berkata, sempat bertemu jawatankuasa perhubungan Umno negeri sebelum ke program itu dan semua mengaku akan mengutamakan kemenangan parti, bukan diri sendiri.


"Ada pula orang tanya berkaitan anak saya (Mukhriz) adakah dia calon MB. Saya kata biarlah dia bertanding dulu, DUN atau Parlimen, tidak mengapalah.

"Yang penting, semua anggota bagi pengakuan untuk sokong siapa sahaja yang dipilih perdana menteri sebagai calon.

"Orang Kedah dah rasa dah... tiada apapun jasa PAS terhadap negeri ini, banyak rosak lagi ada la yang dia buat," bekas perdana menteri dipetik sebagai berkata oleh Bernama.




PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP