Monday 4 March 2013

Nazri Aziz Yakin BN Boleh Terima Hakikat Sekiranya Kalah PRU-13

KUALA LUMPUR, 4 MAC: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini melahirkan keyakinan perlalihan kuasa akan berjalan dengan lancar sekiranya BN tewas dalam Pilihan Raya Umum (PRU-13) ke-13 nanti.

Menurut beliau, ini dibuktikan ketika peralihan kuasa yang berlaku di empat buah negeri yang menyaksikan BN tumbang di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Perak dalam PRU-12 pada 2008.

“Tiada sebab untuk BN tidak boleh terima keputusan rakyat.

“Kita sedar kita tak dapat mandat rakyat di negeri-negeri itu dan kita hormati keputusan rakyat,” kata beliau di hadapan kira-kira hampir 100 delegasi Persidangan Antarabangsa Pilihan Raya Ke-13 Malaysia di Kelab Perdana Diraja, di sini.

Dalam sejarah pilihan raya di Malaysia, PRU-13 yang bakal diadakan tidak berapa lama lagi dianggap sebagai pilihan raya yang paling berkemungkinan berlaku pertukaran kerajaan persekutuan.

Bagaimanapun sesetengah pemerhati melahirkan kebimbangan mereka ada sesetengah penyokong BN tidak dapat menerima kekalahan sekaligus menimbulkan suasana tidak aman dan tidak stabil negara.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri dalam ucapan beliau dalam Perhimpunan Agung Umno pernah menyeru agar ahli-ahli Umno mempertahankan Putra Jaya hingga ke titisan darah terakhir.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP