Sunday 10 March 2013

Penyiasat Bala Terkena Sihir..

KUALA LUMPUR 10 Mac: Penyiasat Persendirian, P Balasubramaniam yang sebelum ini mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dengan pembunuhan Altantuya Shaariibu, dimasukkan ke hospital kerana masalah jantung.

Perkara itu dinyatakan Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin kepada Keadilan Daily.


Menurut Badrul, Bala dimasukkan ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) pada 5 Mac lalu, sehari sebelum dijadual berucap di ceramah ‘Siapa Arah Bunuh Altantuya’ di Parit Sulong, Johor.

Katanya, ketika program di Bachok Kelantan, Bala mengadu sakit dada dan disangka mengalami masalah gastrik serta hanya diberi ubat tahan sakit.

“Sehari sebelum ke Johor, doktor sahkan ada serangan jantung kecil. Bala dimasukkan ke CCU (Conorary Care Unit) selama empat hari dan dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN),” katanya menambah Bala akan menjalani pembedahan dalam masa terdekat dan kini ditempatkan di wad biasa SJMC.

Menurut CheguBard, Bala akan menggantikan semula ceramah yang gagal dihadirinya di Parit Sulong, Johor dan Tuaran, Sabah sebaik keluar hospital.CGB

“Dia nampak bersemangat. Kata Bala, dia balik ke Malaysia untuk membantu rakyat berdepan pilihan raya umum ke-13 dan BN perlu dijatuhkan. Bala berjanji, selepas rawatan dan berehat dia akan menjelajah ke seluruh negara,” kata beliau.

Sementara itu, katanya, terdapat dakwaan mengatakan Balasubramaniam jatuh sakit kerana terkena ilmu sihir.

“Ada kawan-kawan sebut, ini angkara ilmu hitam. Saya tak tahu. Mereka (musuh Bala) boleh buat apa sahaja. Yang penting, kita tawakkal kepada Maha Pencipta,” kata Badrul.

Bala sebelum ini berkhidmat dengan Abdul Razak Baginda, rakan rapat kepada perdana menteri yang menerima komisen pembelian kapal Selam Scorpene bernilai RM500 juta.

Pada Julai 2008, beliau mendedahkan akuan bersumpah (SD) mengaitkan perdana menteri dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu yang dikatakan menjadi orang tengah dalam transaksi berkenaan.

Dalam SD tersebut, Bala juga mendakwa Najib Razak pernah melakukan hubungan seks dengan Altantuya, sebelum menarik balik dakwaannya dalam akuan bersumpah kedua.

Selepas itu, beliau menghilangkan diri ke luar negara dan pulang semula ke Malaysia pada 24 Februari lepas.

- keadilandaily.com



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP