UNTUK URUSAN PENGIKLANAN SILA HUBUNGI

jeejebon@gmail.com.

Friday, 8 March 2013

Tangguh Pilihanraya Di Sabah - Perancangan Jahat Umno Dan SPR

PUTRAJAYA: Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di kawasan yang terbabit dengan insiden pencerobohan pengganas Sulu boleh ditangguhkan sekiranya kawasan itu diisytiharkan darurat, kata pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.



(Perkara ini mungkin telah dirancang oleh Umno BN memandangkan sokongan rakyat Sabah kepada Umno dan Barisan Nasional terlalu merosot. Barisan Nasional di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak sedar jika pilihan raya umum ke 13 diteruskan juga di Sabah, besar kemungkinan mereka akan tewas. Kekalahan Umno BN di sabah akan memberi impak yang amat besar kepada Umno BN kerna selama ini Sabah dan Sarawak lah yang telah memberi laluan mudah kepada parti itu menerajui pemerintah negara.

Kebanjiran pendatang tanpa izin, PATI, di Sabah yang telah diberikan IC melalui "Projek IC Mahathir" dan kemunculan "Pengundi Hantu" lantaran penipuan yang dilakukan oleh Umno BN dengan kerjasama Suruhan Pilihan Raya sejak berpuluh tahun dahulu adalah kaedah penipuan yang membolehkan Umno BN menang dalam semua pilihan raya umum sebelum ini. -Kerajaan Rakyat).

Beliau berkata dari segi undang-undang terdapat peruntukan tertentu untuk membolehkan PRU di bahagian berkenaan ditangguhkan.

"Di bawah undang-undang jika keadaan darurat berlaku, maka SPR akan mengambil pertimbangan sebelum membuat keputusan muktamad tentang pilihan raya umum di kawasan itu," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Terdahulu beliau mengadakan pertemuan dengan para pemimpin daripada 30 parti politik yang antara lain untuk memperjelas perkara-perkara baharu yang pertama kali akan dilaksanakan pada pilihan raya umum akan datang.

Abdul Aziz berkata SPR akan meneliti butiran yang terdapat dalam perintah darurat dan kemudian akan dibawa ke perjumpaan khas sebelum sebarang keputusan muktamad dibuat.

"Tetapi sekarang ini yang terjejas hanya di Lahad Datu dan Semporna, kita yakin masalah itu akan dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat. Apa pun SPR susah bersedia untuk mengadakan pilihan raya pada bila-bila masa," katanya.

Dalam perkembangan lain, Abdul Aziz berkata setakat pagi tadi sebanyak 4,669 permohonan undi pos luar negara telah diterima SPR dan daripada jumlah itu sebanyak 3,995 yang layak, sementara 674 permohonan lagi telah ditolak.

"Kebanyakan pemohonan yang ditolak kerana tidak mendaftar sebagai pengundi kerana syarat utama untuk menjadi pengundi pos ialah mesti mendaftar terlebih dahulu," katanya.

Beliau berkata permohonan tertinggi ialah untuk kawasan parlimen Kelana Jaya (195), diikuti dengan kawasan parlimen Petaling Jaya Utara (192), Segambut (156), Subang (123), Gombak (106), Shah Alam (98) dan Serdang (86).

Mengulas pertemuan dengan pemimpin parti politik itu, Abdul Aziz berkata rata-rata yang hadir berpuas hati dengan penjelasan diberikan serta penambahbaikan yang dilakukan SPR.

Beliau berkata antara tumpuan utama dalam pertemuan itu ialah berhubung penggunaan dakwat kekal, tiada khemah khas disediakan pada hari penamaan calon, pemansuhan bantahan terhadap kertas penamaan calon, pengundian awal dan larangan menarik balik pencalonan.

Selain itu, Abdul Aziz turut menerangkan bahawa kertas undi mempunyai nombor siri kerana untuk memastikan tiada kertas undi lain dimasukkan ke dalam peti undi.

"Ia juga bagi memudahkan SPR menjalankan semakan sekiranya berlaku sebarang bantahan. Ini kerana terdapat parti-parti politik tertentu yang menasihatkan pengikut mereka supaya tidak menggunakan kertas undi yang diberikan pegawai SPR sebaliknya minta kertas undi lain," katanya. - BERNAMA


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

BlogList 3

Blog Pro Bn 1

Blog Pro BN 2

BlogList 4

Post Terdahulu

BlogList 5

 

Add to Google Reader or Homepage

Subscribe in Bloglines

Add to netvibes

Add to The Free Dictionary

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP