Wednesday 6 March 2013

Zahid tunjuk visual medan operasi di Kg Tanduo


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi menunjukkan visual medan operasi di Kampung Tanduo, Lahad Datu lewat hari ini.

Ia ekoran aduan wartawan yang sukar mendapat akses selepas pasukan keselamatan memasuki kampung tersebut untuk memburu penceroboh bersenjata Filipina selepas jet pejuang mengebom kawasan itu semalam.

Katanya, beliau akan ke pusat UAV (Unmanned Aerial Vehicle) dan akan kembali tidak lama lagi dan menunjukkan visual tersebut.

"Anda kata tidak ada visual, jadi kami telah menghantar satu pasukan polis dan tentera untuk mendapatkannya," katanya kepada wartawan di Felda Sahabat petang ini.



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP