Friday 17 May 2013

Terkini - Nik Nazmi Didakwa Di Mahkamah Kerana Perhimpunan Di Kelana Jaya

Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Setia (ADUN) Nik Nazmi Nik Ahmad didakwa bawah Akta Perhimpunan Aman kerana gagal memberi notis 10 hari kepada polis untuk mengadakan perhimpunan mempertikaikan keputusan pilihan raya umum di Kelana Jaya, Selangor sebelum ini.

Beliau sebagai penganjur bagi Pakatan Rakyat dituduh melakukan kesalahan itu pada jam 8.30 malam di Stadium Kelana Jaya.

Nik Nazmi, yang juga ketua komunikasi PKR mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya Rohana Ayub dan dibebaskan tanpa ikat jamin.

Beliau dituduh bawah seksyen 9(1) yang kita sabit kesalahan boleh tidak lebih daripada 10,000.

Menurut undang-undang, beliau akan hilang kelayakan sebagai wakil rakyat sekiranya jumlah denda ditetapkan lebih RM2,000.

Dalam perhimpunan 8 Mei lalu - tiga hari selepas keputusan pilihan raya - lautan manusia membanjiri Stadium Kelana Jaya dengan berpakaian hitam bagi menyatakan bantahan mereka terhadap dakwaan penipuan pilihan raya yang menyaksikan Pakatan gagal merampas kuasa.

Perhimpunan yang rata-ratanya dihadiri anak muda itu juga menyebabkan kesesakan lalu lintas luar biasa di Kuala Lumpur sehingga lewat pagi.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP