Wednesday, 18 May 2016

Boleh Dihalang Keluar Negara Jika Cemuh Kerajaan



KUALA LUMPUR, 18 Mei — Jabatan Imigresen telah mengesahkan sebuah peruntukan baru melarang rakyat Malaysia daripada keluar negara selama tiga tahun jika menjejaskan nama baik atau mencemuh kerajaan dalam apa jua cara.

Menurut laporan The Star, peruntukan yang dikuatkuasakan sejak beberapa bulan lepas itu juga menghalang mereka yang berbuat demikian semasa di luar negara untuk keluar selama tiga tahun setelah pulang ke Malaysia.

“Pasport antarabangsa Malaysia adalah dokumen perjalanan yang dikeluarkan kerajaan dibawah naungan Yang di-Pertuan Agong,” kata ketua pengarahnya Datuk Sakib Kusmi kepada akhbar itu.

“Oleh itu, kerajaan mempunyai budi bicara untuk mengeluarkan, menangguhkan atau membatalkan dokumen perjalanan.”

The Star terdahulu memetik seorang sumber tidak bernama yang mendedahkan bahawa tindakan Jabatan Imigresen itu dilakukan setelah diminta oleh agensi penguatkuasaan seperti pihak polis.

Sumber itu juga mendakwa bahawa hanya Sakib akan diberi kuasa untuk meneliti rayuan individu yang dilarang keluar.

Namun, Sakib tidak memaklumkan jumlah rakyat Malaysia yang telah dihalang keluar atas alasan tersebut.

Ahad lepas, pengerusi NGO Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah, telah dilarang keluar negara untuk ke Korea Selatan bagi menerima anugerah hak asasi manusia.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

4 comments:

Hidup Najib! 18 May 2016 at 12:24  

Kalu lagu tu ngammmpu je le jawabnya..

mansor 18 May 2016 at 12:26  

Apa peruntukan bagi PM yg memalukan negara dgn skandal2..apa tindakan imigresrn...jgn jadi berok regim.

Salmah Din 18 May 2016 at 17:12  

Apakah perompak dan salah gunakuasa akan dapat keistemewaan untuk keluar negara macam pm Malaysia ni?? Owwwh pasal pakai jet persendirian maka dibenarkan?? Tunggu le.lepas pru 14...kat mana kedudukan ketua pengarah imigeresen nih!!

cikmatgelap 18 May 2016 at 17:40  

mcm tu nak pi mekah buat haji dan umrah pun tak boleh jugak le.....betul2 punya iblis yg buat peraturan ni

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP