Sunday, 15 May 2016

Foto Lelaki Berkecai Dilanggar ETS Di Kedah



ALOR SETAR: Seorang lelaki maut dengan mayatnya berkecai selepas dilanggar Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) ketika cuba melintas landasan kereta api itu dalam kejadian di Kilometer 110.45 Kodiang-Anak Bukit, berhampiran Megat Dewa, dekat sini petang tadi.

Mangsa, Mohd Afendy Yaziz, 20, yang menetap di Megat Dewa, Kodiang, dekat sini, dipercayai seorang penganggur.

Difahamkan, dalam kejadian pada jam 4.40 petang itu, mangsa bertindak melompat pagar untuk pergi ke kedai runcit di seberang landasan sebelum dilanggar kereta api terbabit yang datang dari arah Arau ke Jitra, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan, Abd Rahim Abdullah, ketiak mengesahkan kejadian, berkata cebisan mayat mangsa bertaburan sejauh satu kilometer di atas landasan berkenaan.

Beliau berkata, cebisan mayat mangsa kemudiannya di hantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan masih dijalankan. Akibat kejadian itu, kereta api berhenti hampir setengah jam sebelum meneruskan perjalanan," katanya.

AHAD, 15 MEI 2016 - 9:29PM
Oleh Suzalina Halid suzalina@bh.com.my

-------------


Maklumat Awal
Kes seorang lelaki dilanggar keretapi ETS dekat Megat Dewa..mangsa lingkungan umur 20an.Punca kejadian tak dapat dipastikan lagi.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP