SPRM Lawat, Bukan Serbu Rumah Guan Eng, Kata Gobind
Tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berada di kediaman Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Jalan Pinhorn sejak jam 3 petang.
Bagaimanapun, menurut penasihat undang-undang Lim, Gobind Singh Deo, SPRM tidak menjalankan serbuan di kediaman itu seperti dilaporkan The Star.
"Serbuan itu bermakna SPRM akan datang ke rumah anda tanpa notis," kata Gobind kepada Malaysiakini.
"Ini bukan seperti itu, laporan akhbar tidak betul," katanya.
"Lim diberitahu pada pukul 10 pagi untuk pergi ke bangunan SPRM di Pulau Pinang untuk memberi keterangan lanjut, dan dia berbuat demikian dengan isterinya Betty Chew," jelas Gobind.
"SPRM kemudian diminta untuk melawat rumahnya, dan Lim kata okay," kata Gobind.
The Star hari ini melaporkan bahawa rumah Lim diserbu ketika beliau dan isterinya sedang disiasat di bangunan SPRM di Jalan Ahmad Shah.
Akhbar harian berbahasa Inggeris itu melaporkan mereka meninggalkan premis diiringi oleh peguam mereka RSN Rayer dan Ramkarpal Singh Deo, pada jam 2.55 petang.
Pasangan itu mula memberi keterangan mereka dengan SPRM dua minggu lalu berhubung pembelian banglo RM2.8 juta, yang Umno dakwa ada kaitan dengan penjualan tanah negeri di Taman Manggis.
Lim menafikan sebarang salah laku dalam pembelian itu.
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment