Saturday 7 May 2016

PRN SARAWAK: PAS Kalah Semua Kerusi



KUCHING: PAS sekali lagi gagal melahirkan wakil rakyat pertamanya menerusi pilihan raya Sarawak ke-11.

Setiausaha PAS Sarawak, Mukhtar Suhaili berkata, berdasarkan keputusan tidak rasmi, parti Islam itu gagal memenangi mana-mana kerusi daripada 11 kawasan yang ditandinginya.

"Keputusan tidak rasmi yang boleh dipercayai. Semua kerusi kalah.

"PAS menang moral dan semangat, meskipun belum menang kerusi," katanya.

Bagi kerusi N29 Benting Maro, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PAS, Hamidah Mokhtar mendapat 3,052 undi sementara wakil BN, Razaili Gapor mendapat 4,750 undi.

Razaili daripada PBB menang dengan majoriti 1,698 undi.

Sementara itu, seorang lagi calon daripada Parti Amanah Negara (Amanah), Andri Zulkarnean Hamden hanya mendapat 100 undi.

- mstar

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP