Sunday, 8 May 2016

Kemenangan BN di Sarawak tidak sihat untuk demokrasi negara, kata BERSIH 2.0



Taktik kotor parti Barisan Nasional (BN) yang dimainkan sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang menjadi penyumbang kepada partj pemerintah tidak sihat kepada amalan demokrasi negara, kata kumpulan reformasi pilihan raya BERSIH 2.0.

BN mungkin menang besar tapi ia dibantu dengan cara berkempen yang kotor dimana terdapat banyak bukti salahlaku dan penipuan didakwa dilakukan oleh jentera kerajaan sepanjang tempoh berkempen, kata pengerusinya Maria Chin Abdullah.

“Terdapat banyak bukti dan janji ditabur oleh BN yang melanggar peraturan pilihan raya daripada segi memberi tekanan untuk mempengaruhu undi, seperti mengerahkan pengundi memilih BN jika mahu mendapat habuan dan sebagainya.

“Rasuah dimana wang diberi atau dijanjikan. Zahid (Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi) juga berjanji untuk memberi RM20 juta dalam pelbagai majlis sepanjang tempoh berkempen,” kata Maria kepada The Malaysian Mirror.

Maria menyifatkan sikap ditunjukkab BN sepanjang berkempen tidak mencerminkan demokrasi sebenar kepada negara dan ia bukan suatu yang sihat.

“Adakah ini demokrasi yang kita mahukan?

“Pilihan raya kali ini Tan Sri Adenan Satem bergantung kepada kerajaan Persekutuan dan bergantung kepada sumber pusat untuk membayar sepanjang pilihan raya ini,” katanya

Malah, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga didakwa Maria berat sebelah sehingga tidak langsung berani memberi amaran kepada BN walaupun terang-terangan terdapat bukti rasuah dan salahguna jentera kerajaan pusat.

“Ia pastinya pilihan raya yang sudah diketahui keputusan sejak awal, terutamanya sejak proses persempadanan semula diikuti dengan wang yang ditabur sepanjang tempoh berkempen pilihan raya,” katanya.

BERSIH 2.0 sebelum ini menyenaraikan 11 dakwaan kesalahan membabitkan dakwaan rasuah pilihan raya, dakwaan penyalahgunaan harta kerajaan untuk kegunaan peribadi calon bertanding dan kesalahan meletakkan bahan kempen dalam jarak 50 meter dari tempat mengundi.

Kumpulan tersebut juga menghantar wakil untuk memantau kerusi panas sepanjang kempen pilihan raya berlangsung.

BN berjaya memenangi pilihan raya Sarawak dengan memperoleh majoriti dua pertiga, menguasai 72 kerusi DUN, sementara DAP 7 dan PKR 3.

– themalaysianmirror.com

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP