Pada 15/5/2016 Ahad jam lebih kurang 5.45 petang semasa saya keluar dari Aman Central kemudian saya terus membawa kereta saya memasuki lorong tengah di lampu isyarat di hadapan Aman Central tersebut. Datang sebuah kereta jenis Toyota Harrier berwarna hitam yang di pandu oleh lelaki melayu berumur 20-An dan di dalam kereta tersebut juga terdapat 2 lelaki melayu berusia 20-An dan 50-An.
Pemandu tersebut telah membuat hon panjang dan berada di sebelah kiri kereta saya. Sewaktu itu,lampu isyarat berwarna merah. Kemudian pemandu kereta tersebut telah menurunkan tingkap keretanya dan berkata 'Kenapa,kenapa..Hang tak kenal lagi aku siapa' berulang kali kepada saya dan meminta saya turun dari kenderaan saya. Tetapi saya enggan turun. Tiba tiba lelaki 50-An dari kereta tersebut telah turun dari keretanya dan membuka pintu kereta saya dan menarik kunci kereta saya.
Lelaki 50-An telah menumbuk saya di bahagian mulut saya. Akibat dari itu, mulut saya mengalami luka. Kemudian lelaki 50-An tersebut telah menarik tangan saya untuk keluar dari kereta dan apabila saya keluar dari kereta saya telah menumbuk lelaki 50-An tersebut. Datang pula (2) lelaki 20-An dari kereta tersebut dan mereka bertiga memukul saya.
Teman wanita saya telah keluar dari kereta saya dan cuba meleraikan pergaduhan di antara kami. Tetapi teman wanita saya juga telah di tarik dan di tumbuk di bahagian dada,tangan kanan dan kiri. Datang orang ramai untuk meleraikan pergaduhan tersebut. Kemudian kereta tersebut terus beredar dari tempat kejadian.
Saya telah membawa teman wanita saya ke KMC Alor Star Kedah kerana telah mengalami sesak nafas yang sangat teruk. Selepas beberapa hari dari hari kejadian, barulah saya mendapat tahu dari rakan ayah saya yang bekerja di Wisma Negeri Kedah yang lelaki berusia 50-an tersebut adalah Dato Azmi Che Husain Timbalan speaker Negeri Kedah.
Tujuan saya kongsikan perkara ini adalah untuk beliau tampil memberi keterangan kepada pihak polis agar kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Saya amat tidak berpuas hati kerana saya dan teman wanita saya dipukul oleh 3orang samseng jalanan yang berpangkat (VVIP). Sekian
Dipetik dari facebook Adam Hoonigan
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment