Pembangkang akan sentiasa kalah dalam pilihan raya jika tidak dapat bersatu, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Pembangkang tidak boleh memang jika mereka berpecah-belah, tindakan mereka berpecah semasa sendiri menyebabkan mereka kalah di Sarawak.
"Jadi, pembangkang akan selamanya kalah, BN pula akan menang," beliau dipetik sebagai berkata oleh BH Online di Alor Setar pagi ini.
Media itu melaporkan, perkara itu dinyatakan Mahathir selepas mengambil kira kegagalan pembangkang bersatu yang ketara ketika pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini.
Dalam pilihan raya itu, BN memang besar menyebabkan DAP hilang lima kerusi dan PKR pula kekal tiga.
PAS dan serpihannya Parti Amanah Negara (AMANAH) pulang tangan kosong.
Media itu melaporkan Mahathir sebagai turut merujuk kepada pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar bulan depan.
Mahathir dilapor berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Dewan Centennial Sultan Abdul Halim di Kolej Sultan Abdul Hamid, pagi tadi.
Majlis itu disempurnakan Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah, yang juga pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah.
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment