Friday, 20 May 2016

Pemuda PAS 'Tersentap' Dengan Kenyataan Azmin Terhadap Hadi



PETALING JAYA: Pemuda PAS terkilan apabila pemimpin kanan parti politik melabel Presiden parti Islam itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai ketua yang tidak tahu isu dalam parti.

Ketuanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata demikian dipercayai ditujukan kepada kenyataan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali seperti yang dilaporkan media awal pagi tadi.

“Ada juga orang politik kata, ada presiden parti tak tahu apa hal partinya. Biasa yang saya dengar ialah ada orang jahil atau kurang ajar kata, ulama tu tak tahu apa pasal agamanya,” katanya.

Terdahulu, menerusi laporan sebuah portal berita, Azmin dipetik sebagai berkata, beliau “bersimpati” dengan Abdul Hadi yang tidak mengikuti perkembangan partinya sendiri.

Ini kerana, kata timbalan presiden PKR itu, sebaik saja pengumuman mengenai dua pilihan raya kecil yang akan diadakan 18 Jun depan, pihaknya telah bertemu dua kali dengan kepimpinan PAS.

“Kadang-kadang saya simpati dengan Ustaz Hadi ini, mungkin dia tidak tahu apa yang berlaku dalam parti,” katanya.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda PAS, Khairil Nizam Khirudin ketika dihubungi FMT berkata, kenyataan Azmin itu sengaja diputar belit untuk mencetuskan perpecahan antara PAS dan PKR.

Katanya, Azmin sebelum ini pernah difitnah kononnya mengeluarkan arahan untuk menyirkirkan tiga EXCO PAS Selangor sekiranya parti parti Islam itu tidak bersetuju untuk menyerahkan kerusi Sungai Besar kepada PKR dalam PRK nanti.

“(Kenyataan Azmin kepada Hadi itu) diputar belit (perkara ini ada asasnya kerana) kenyataan fitnah sebelum ini yang mengatakan Azmin nak singkirkan EXCO PAS Selangor,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali ketika dihubungi FMT pula berkata, kenyataan yang dikeluarkan Azmin itu lebih kepada salah faham beliau terhadap Abdul Hadi.

“Mungkin Azmin Ali salah faham kepada presiden,” katanya ringkas.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP