Wednesday, 25 May 2016

Polis Tangkap 'Keluang Man' Kerana Hina TMJ



Polis menahan seorang individu susulan tulisan di Twitter yang didakwa menghina Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Masyhur Abdullah, 29, yang menggunakan identiti “Keluang Man” di atas talian ditahan di Kuala Lumpur pagi ini.

Ketua Polis Johor Wan Ahmad Najmuddin mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Dia ditangkap di Kuala Lumpur, dan harus dibawa balik ke Johor Bahru dan kita harus mohon reman untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Keluang Man dikatakan mengeluarkan perkataan menghina itu sebagai reaksi terhadap gambar manipulasi grafik yang memaparkan TMJ yang sedang makan gajah kecil bertulis CEO.

TMJ dikatakan merujuk kepada bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) pasukan bola sepak Pahang Ahrizal Hasan selepas perlawanan dengan JDT sebelum itu.

Pahang memakai gelaran Tok Gajah dalam arena bola sepak Malaysia.

Tunku Ismail Kemudian menjelaskan gambar itu tiada tujuan peribadi.

Seksyen 233 berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Jika sabit kesalahan, seseorang itu boleh dikenakan denda sehingga RM50,000, dipenjarakan sehingga setahun atau denda RM1,000 setiap hari kesahan berlaku setelah sabitan kes.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP