Friday 6 May 2016

Helikopter Hilang: 'Saya tak hilang' kata Abidin



Kuching: "Saya sememangnya tidak termasuk dalam senarai penumpang helikopter yang hilang itu,” kata Abidin Supardi iaitu Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.

Abidin berkata, terdapat kekeliruan berhubung senarai penumpang yang masih hilang bersama helikopter AS350/RPC6828 yang membawa Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kosnan.

Katanya, beliau sebelum itu hanya bertukar tempat dengan Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

“Mengikut jadual asal, saya memang sepatutnya menaiki helikopter berasingan pada sebelah pagi. Namun, atas permintaan Datuk Wan yang mahu bergerak lebih awal ke Betong dari Kuching, saya diarahkan menaiki helikopter bersama Datuk Noriah.

"Tapi, untuk penerbangan balik dari Betong ke Kuching pada sebelah petang, saya menaiki semula helikopter yang sepatutnya saya naik dari Kuching dan bukan helikopter yang saya naik pada awalnya dengan Datuk Noriah bagi penerbangan Kucing-Betong," katanya ketika dihubungi, malam tadi.

Tiga penumpang lain dalam helikopter yang dikhuatiri hilang itu adalah Datuk Noriah dan suaminya, Tuan Asmuni Abdullah; Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr A Sundaran serta Ahmad Sobri Harun iaitu pengawal peribadi Noriah.

Helikopter disewa khas Hornbill Skyways itu dikendalikan juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Ragas, dikatakan berlepas dari padang SMK Spaoh, Betong, pada 4.12 petang semalam.

Bagaimanapun, helikopter berkenaan dikatakan terputus hubungan pada 4.32 petang, ketika menghampiri kawasan Triso, Sebuyau.

Abidin berkata, penyebaran gambarnya bersama penumpang lain di laman sosial menyebabkan dirinya turut dikatakan berada dalam helikopter hilang berkenaan.

"Gambar itu diambil sebelum kami berlepas dari Kuching ke Betong, pada sebelah pagi. Kehilangan itu berlaku sebelah petang, selepas kami menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Bukit Saban.

“Justeru, saya berharap agar pihak luar yang menyebarkan gambar terbabit sehingga menjadi viral di laman sosial agar menghentikan tindakan mereka itu. Ini kerana ia hanya akan menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat," katanya.

- hmetro

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP