Sunday, 29 May 2016

Terima Laporan Pagi, Malam Polis Terus Tahan ‘Penghina’ TMJ Di Selangor

Seorang lelaki 23 tahun ditahan di Dengkil selepas dikatakan menghina Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim. — Foto Bernama 


JOHOR BARU, 29 Mei — Pihak polis menahan seorang lelaki di Selangor malam tadi bagi membantu siasatan berhubung kes melakukan penghinaan terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi Facebook.

Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki berumur 23 tahun itu yang bekerja sebagai pembantu tukang masak ditahan kira-kira 8 malam di Taman Intan, Dengkil.

“Lebih kurang 10.15 pagi semalam, pihak polis menerima satu laporan berhubung penghantaran mesej berbentuk jelik dalam Facebook yang bertujuan menghina dan menyakitkan hati Tunku Mahkota Johor.

“Suspek didapati telah memuat naik penghantaran mesej tersebut dalam Facebook atas nama Aiden Chew,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata selain menahan, pihak polis turut merampas satu telefon bimbit berserta sim kad daripada lelaki tersebut.

Wan Ahmad Najmuddin berkata permohonan reman terhadap individu terbabit akan dikemukakan di Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi membolehkan pihak polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia (AKMM) 1998.

Katanya polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan laman sosial.

Satu pasukan khas juga telah ditubuhkan oleh polis Johor untuk memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap mereka yang menyalahgunakan laman sosial, tambahnya. — Bernama

- malaymail




PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

5 comments:

mansor 29 May 2016 at 13:53  

Pantas dan cekap..menjaga kepentingan bangsawan dan kenamaan...kikikikik

Saadun Sulaiman 29 May 2016 at 16:33  

Sebelum mengeluarkan apa apa pendapat, teguran dan sebagainya elok lah di teliti dahulu di mana kita tinggal. Bukan kah NEGARA ini masih dalam kaedaan "JAKUN" di dalam semua kaedaan. Kita bukan tinggal di NEGARA uang mempunyai tamadun tinggi di mana "QUEEN" pun tak ketinggalan untuk di "USIK" dan boleh di lakon kan. Sebagai contoh,sebuah drama yang di lakon kan oleh Mr. Bean pernah "MEMPERBODOH" kan "QUEEN" Negara nya. Tidak pula apa apa tindakan di ambil ke atas Mr. Bean dan producer film tersebut.

Husmad Ahmad 29 May 2016 at 18:21  

Betulkah negara ini negara jakun

shahrunizal 0132558573 29 May 2016 at 20:47  

Biar la di katakn negara jakun asalkan kita tau adab tata susila budi perketi. Tau menghormati dan setia pada raja dan negara. Klu rsa negara ni negara jakun sila la ke negara yg tk jakun anda tu...

shahrunizal 0132558573 29 May 2016 at 20:51  

Biar la di katakan negara ni seperti jakun. Asalkan tau adab tata susila berbahasa dan tau menghormati raja dan negara.klu rsa negara ni seperti negara jakun sila la pegi ke negara yg tk jakun anda tu...maaf klu tkasar bahasa

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP