KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim memfail saman ke atas Utusan dan TV3, esok berikutan kedua-dua media kawalan itu menerbitkan laporan fitnah berkaitan isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.
Ia akan difail di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur jam 10.30 pagi, kata peguamnya, N Surendran dan Latheefa Koya pada kenyataan media, petang ini.
Saman difail berikutan laporan media itu kononnya Anwar terlibat dalam kes pencerobohan bersenjata di Lahad Datu.
Utusan Malaysia sebelum ini menerbitkan laporan bertajuk ‘Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?’ dan ‘Tiga kumpulan jadi dalang’ dengan mentohmah penglibatan Anwar dengan kumpulan berkenaan.
TV3 pula menggunakan istilah ‘dalang’ ketika mengaitkan Anwar dalam kejadian itu.
Berikutan itu, Anwar pada 4 Mac lalu menuntut TV3 dan Utusan membuat permohonan maaf secara terbuka, menarik balik tuduhan, ganti rugi masing-masing RM100 juta.
Bagaimanapun, tohmahan media kawalan Umno terhadap Ketua Umum KEADILAN itu semakin tersasar berikutan Kesultanan Sulu menafi dakwaan pembangkang Malaysia terlibat.
“Kami tiada hubungan dengan pembangkang Malaysia. Kami tidak adakan perbincangan dengan mereka,” kata Puteri Jacel Kiram, anak kepada Sultan Jamalul Kiram III dipetik dari portal berita Filipina, Interaksyon.com 4 Mac lalu.
Thursday, 7 March 2013
Fitnah Dalang Pencerobohan - Anwar Saman Utusan Dan TV3 Esok
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment