Saturday, 1 April 2017

RUU355: Semoga Hadi Tidak Ponteng Sidang Dewan Rakyat


Sebagai menghormati, walaun walaun yang penuh bersemangat mempertahankan hadi awang, elok aku perkenalkan sapa RMS yang keras mengkritik PAS sekarang... dulu aku penyokong tegar ATGNA dan hardcore PR(PAS,PKR,DAP)..bkn sikit ugutan dan risiko yang aku terima. dari pihak AMENO.. yang mengugut aku pun telah meninggal dunia akibat serangan jantung.. semoga rohnya dirahmati Allah dan ditempatkan dikalangan golongan beriman...

Aku mengkritik kerana melihat PAS semakin hanyut dibawah Hadi Awang, jalan yang dibuka untuk meletakkan PAS parti terbesar dinegara ini oleh ATGNA telah ditutup oleh Hadi Awang...bayangkan dgn kuasa untuk mengubah perundangan dan perlembagaan ditangan PAS, bukan saja majoriti mudah malah majoriti 2/3 pun boleh jika dasar dan pendekatan ATGNA tidak dikhianati..

Sekarang nak bentangkan RUU 355 Persendirian. pulak setelah dipermainkan Najib dan AMENO... tak semudah itu, wahai sahabat.. ada peraturan yang kena patuhi, bukan dgn sembang guna air liur saja...jadi aku bersangka baik, dan Hadi Awang tidak ponteng dewan rakyat untuk membentangkan usul ni setelah mendapat persetujuan Menteri Hal Ehwal parlimen dan Speaker...

Apa yang bakal berlaku.??

Walau pun cadangan pindaan terhadap Akta 355 ini melalui RUU Persendirian, namun di peringkat bacaan kedua, ia akan melalui proses pembentangan sebagaimana RUU KERAJAAN. Ini kerana setelah Usul Persendirian tersebut dipersetujukan oleh Dewan Rakyat melalui undi suara atau belah bahagi, maka RUU yang dicadangkan itu akan disifatkan telah dibuat bacaan kali yang pertama dan RUU akan diedarkan kepada Ahli-ahli Dewan untuk diteliti dan juga kepada Menteri yg bertanggungjawab untuk menyediakan Penyata... Masalahnya Najib(Kerajaan) dgn jelas telah menolak untuk menyokong usul ni berdasarkan keputusan konsensus BN.....

Jadi...tidak mungkin sama sekali, RUU 355 ni diluluskan hatta untuk bacaan kedua.. kerana dasar BN yang tidak memihak kepada PAS..
ATGNA telah mengingatkan.. jangan sesekali percaya pada AMENO kerana akhirnya PAS akan hilang kuasa dan pengaruh, malah peringatan itu berdasarkan peristiwa yang menimpa PAS ketika era Dato Asri...kemana PAS hilang kuasa di Kelantan selama 12 tahun sebelum kerjasama dgn S46 mengembalikan PAS berkuasa disana..

Jadi...nak anggap aku musuh, itu hak walaun , tapi sebelum korang bercerita erti perjuangan mempertahankan parti...ada insan yang telah bermati matian sebelum ni mempertahankan Kjaan Kelantan kepimpinan ATGNA....

Raja Shahrim


--------------------------------------------------


aku nak kongsi pandangan berdasarkan aspek perundangan dan peraturan dewan rakyat bagi menjawab kenyataan Hadi Awang hari ni yang menyatakan RUU 355 (Persendirian) akan dibentangkan juga pada sesi parlimen kali ni..

Bercakap biarlah dgn fakta, walaun bolehlah nko kencing, bukan masyarakat sivil...

Setelah kerajaan mengeluarkan kenyataan bahawa Usul 355 akan menjadi Usul Kerajaan, maka status persendirian termansuh dgn sendiri dan RUU 355 harus melalui proses dan peraturan yang ditetapkan mengikut Aturan Mesyuarat Dewan.. (6.1.4.)

6.1.4 Usul persendirian yang akan dibawa haruslah dimaklumkan kepada S/U Dewan atau yang Dipertua Dewan dalam tempoh 14 hari sebelum dimasukkan dalam Aturan Mesyuarat Dewan bagi usul itu diletakkan dlm senarai Usul Dewan..

Macam biasa, Usul Kerajaan harus dibentangkan terlebih dahulu dan Sidang Dewan Rakyat akan berakhir pada 6 April 2017 ni untuk penggal I.. Selepas itu persidangan Dewan negara pula akan mengambil tempat bermula dari 18 April - 14 Mei 2017..

Bila masa nak usulkan sedangkan tempoh yang ditetapkan adalah 14 hari..???


Raja Shahrim





PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP