Wednesday 12 April 2017

Mahathir: Siapa Arah AG Supaya Tutup Mulut


Tun Dr Mahathir Mohamad musykil dengan individu yang menasihatkan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali daripada menjelaskan salah tanggapan berhubung siasatan kes RM42 juta dana SRC International yang berada di akaun bank peribadi perdana menteri.

"Saya tertanya-tanya siapa yang menasihatkan AG yang begitu berkuasa supaya tidak bercakap kepada pihak media.

“Untuk menjelaskan bahawa NFA (tiada tindakan lanjut) bukan bermakna tiada tindakan lanjut tetapi bererti tindakan lanjut boleh diambil," kata Mahathir dalam tulisan terbaru di blognya.

Menggunakan teori yang sama, Mahathir menyoal jika persetujuan Apandi kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengeluarkan surat kompaun kepada 1MDB bukan persetujuan tetapi adalah penafian perjanjian berhubung apa yang sepatutnya bank pusat itu mengikut undang-undang seharusnya lakukan.

"Atau adakah 'tidak ada salah laku’ satu pengakuan tidak terdapat salah laku oleh Najib," soal beliau.

Apandi, semalam menjelaskan dalam portalThe Insight Malaysiabahawa kenyataannya yang dibuat 16 bulan lalu, ketika ‘membersihkan’ Najib daripada ‘derma’ RM2.6 bilion dan dana SRC International, 'NFA' bukan bermaksud kes ditutup.

“Bila saya kata tidak ada lagi siasatan (di sidang media pada Januari 2016), ia mengenai RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi perdana menteri,” kata Apandi.

Mahathir juga menggesa satu badan bebas ditubuhkan bagi mengesahkan derma RM2.6 bilion yang diterima oleh Perdana Menteri.

"Jika dakwaan ia wang beberapa individu Arab yang murah hati yang menyumbangkan AS$681 juta, mesti terdapat rekod. Penderma mesti mempunyai rekod wang yang didepositkan dalam bank," katanya.

"Sekadar mengisytiharkan bahawa wang itu adalah sumbangan bagi apa-apa tujuan atau surat daripada penderma kononnya itu adalah tidak mencukupi."

Deklarasi oleh peguam negara bahawa tiada sebarang salah laku dalam urus niaga itu juga tidak memadai, kata Mahathir.

"Biar sebuah badan bebas melihat semua dokumen itu.

“Sehingga itu, kita hanya boleh menerima laporan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat sebagai kebenaran bahawa wang 1MDB telah dicuri oleh orang yang bertanggungjawab menguruskannya, iaitu pengerusi lembaga penasihat 1MDB (yang kini tidak berfungsi lagi), bahawa Jho Low masih mempunyai sebahagian besar daripada wang berbilion-bilion itu yang boleh digunakan untuk merasuah, khususnya pada pilihan raya umum ke-14," katanya.









PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP