Johor Bahru: Murid tahfiz yang dipotong kaki, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 11, meninggal dunia kira-kira 2 petang hari ini ketika mendapat rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) akibat jangkitan kuman.
Bapanya, Mohd Gaddafi Mat Karim,43, berkata, ahli keluarga berada di sisi anaknya ketika menghembuskan nafas terakhir.
Beberapa ahli keluarga dan kenalan ibu bapa Mohamad Thaqif tampil memberi sokongan moral kepada keluarga berkenaan.
Mohamad Thaqif sepatutnya menjalani pembedahan tangan kanannya yang dijadual dilakukan pagi ini namun ditangguh kerana keadaan jantungnya lemah.
Mohamad Thaqif Amin pada mulanya dimasukkan ke HSI seminggu lalu susulan dia dilapor disebat oleh pembantu warden asrama madrasah.
Kedua belah kakinya sebelum ini turut dipotong bagi mengelak jangkitan kuman pada bahagian lain tubuhnya.
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment