PAS bukan sahaja bersedia untuk bergerak sendiri merempuh pilihanraya umum Ke-14 (PRU-14), tetapi juga menggempur PKR demi menerajui Selangor, kata Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan parti itu, Dr Zuhdi Marzuki.
Ujarnya, ianya terbukti apabila Naib Presidennya Datuk Iskandar Abdul Samad baru-baru ini mengumumkan bahawa parti tersebut mahu meletakkan calon di 45 kerusi DUN dan 15 kerusi Parlimen.
“Berdasarkan cadangan tersebut, PAS sudah bersedia untuk menerajui Selangor bersama-sama dengan blok politik Gagasan Sejahtera.
“Sebelum ini PAS bertanding 20 kerusi DUN dan 7 kerusi Parlimen. Bila dicadangkan 45 kerusi DUN dan 15 kerusi Parlimen, kerusi-kerusi itu adalah yang ditandingi oleh PKR dan DAP sebelum ini,” katanya.
Tambah beliau lagi, parti itu bukan sahaja tidak gentar dengan pertandingan tiga penjuru yang sudah tentu akan berlaku menerusi keputusan PAS ini, malah dalam masa yang sama juga melawan Pakatan Harapan.
“PAS dan Gagasan Sejahtera mempunyai strategi sendiri untuk menewaskan kedua-dua BN dan PH,” tambahnya.
Iskandar yang juga merupakan Pesuruhjaya Selangor terdahulu memaklumkan, pertambahan kerusi yang akan ditandingi oleh PAS di Selangor adalah berdasarkan perjanjian yang dibuat bersama Pakatan Rakyat (PR) pada 2013, selain daripada kajian melibatkan suasana politik semasa.
Dalam pada itu menurut Zuhdi, mana-mana termasuklah PAN yang menganggap keputusan PAS ini hanya akan kelebihan kepada BN sebaliknya membuktikan parti itu tidak yakin dengan kekuatan sendiri untuk pada pilihanraya akan datang.
- agendadaily
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment