Deli Serdang (Medan): Pelakon Malaysia, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy ditahan petugas kastam di Lapangan Terbang Kualanamu, Sumatera Utara selepas didapati menyimpan syabu dalam duburnya, Selasa lalu.
Ketua Penyeliaan dan Perkhidmatan Duti dan Cukai Kualanamu Zaky Firmansayah berkata, pelakon berusia 38 tahun itu menaiki pesawat Malindo Air penerbangan OD322 sebelum ditahan malam Selasa lalu.
“Hasil pengakuan suspek, kedatangannya ke Medan dipercayai mahu mencari juruhebah (deejay).
“Selepas pemeriksaan dilakukan, kita menemui dua bungkus syabu seberat 14 gram yang disembunyikan di duburnya, katanya kepada Detiknews.
Zaky berkata, Benjy mengaku membeli syabu dari seseorang di Kuala Lumpur dan pernah ditahan sebanyak empat kali di Malaysia pada 2015 membabitkan kes dadah.
“Benjy boleh dihukum mati jika sabit kesalahan kerana mengedar dadah. Namun semuanya masih dalam siasatan pihak berkuasa,” katanya.
Sementara itu, usaha Harian Metro mendapatkan Duta Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim untuk pengesahan lanjut belum lagi berhasil.
Pada 6 April lalu, Benjy dilepas dan dibebas oleh Mahkamah Majistret Muar, Johor atas tuduhan memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 28.99 gram pada Mac 2015.
Sementara itu, pada 2011, Benjy didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas didapati bersalah terhadap tuduhan memiliki 0.24 gram syabu.
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment