Sunday 2 April 2017

Throwback: Kebijaksaan Anwar Dan Kebebalan Hadi


Langkah Kajang adalah kebijaksanaan PKR berpolitik... Itu saya akui... Memang class.

Ceritanya begini....

Khalid Ibrahim memang wajar digantikan... Memang patut ditukar.... PKR mempunyai alasan yang cukup untuk menggantikan Khalid dengan orang lain... Dan, pertukaran MB sudah banyak kali berlaku sejak dulu pun, menunjukkan bahawa itu perkara biasa... Mentelah pulak Khalid diragui integritinya... Jadi saya tidak berniat untuk mendetailkan isu ini.... Kalau saya berada dalam MPP waktu itu pun saya akan sokong suapaya Khalid ditukarkan dengan orang lain.

Kedua, PKR mempunyai strategi untuk menekan UMNO, iaitu dengan cara menempatkan Anwar Ibrahim sebagai menteri besar.... Ini bukan soal gila kuasa, tetapi suatu strategi politik yang paling berani untuk menekan UMNO/BN sehingga PRU-14 nanti.... Dalam mesyuarat para veteran UMNO, Daim Zainudin mengatakan kepada yang lain : "You all tak kenal siapa Anwar... You tak kenal Anwar.... Kalau Anwar jadi MB Selangor, akan ranap UMNO seluruh negara...!"

Itu Langkah Kajang punya cerita.... Cuba bayangkan, kalau Langkah Kajang berjaya, Anwar jadi MB Selangor, dalam keadaan Najib dan UMNO begitu lemah, dengan ada Bersatu pula; saya jangka kerajaan Najib akan jatuh sebelum PRU-14 lagi..... Tetapi itu semua tidak berlaku.... Kenapa...?

Hanya kerana satu orang manusia, namanya Hadi Awang.... Bahkan, keadaan politik kita menjadi kelam-kabut dan dalam keadaan huru-hara dalam masa 3 tahun ini, semuanya berpunca dari Hadi Awang dan beberapa pengampunya di kalangan tok lebai PAS.

Nak saya ulangkaji balik drama Langkah Kajang dan kronologi pertukaran MB Selangor...? Dan bagaimana telatah Hadi Awang ketika itu...? Tungguuuuu.... :D
Awang





PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP