Jempol: Akibat permintaan melakukan hubungan seks ditolak isteri, seorang peneroka mengamuk dan mengugut untuk membunuh isteri serta anak-anaknya dalam kejadian di sebuah rumah di daerah ini.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, dalam kejadian Jumaat lalu, suspek turut memecahkan pinggan mangkuk dan pasu kerana berang.
Katanya, suspek berusia 57 tahun mengajak isterinya mengadakan hubungan seks jam 10.15 malam namun dikecewakan.
“Disebabkan itu suspek mengamuk dan merosakkan beberapa barangan dalam rumah. Dia turut memecahkan akuarium sambil mengugut membunuh isteri dan anaknya,” katanya.
Menurutnya, isterinya yang ketakutan membuat laporan di Balai Polis Ladang Geddes, di sini, jam 10.50 pagi keesokannya.
“Bertindak atas laporan, sepasukan polis menahan suspek pada hari sama di rumahnya jam 1.30 tengahari.
“Siasatan polis mendapati isteri suspek menolak melakukan hubungan seks berikutan sudah membuat permohonan cerai dan perlu tampil ke mahkamah pada esok (hari ini),” katanya.
Noorzainy berkata, amukan suami mangsa turut disaksikan semua anaknya yang kini trauma.
Katanya, suspek direman empat hari hingga esok mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment