Nik Abduh (tiga dari kiri) sewaktu Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak kali ke-34 hari ini. - Foto Astro AWANI
SUNGAI SIPUT: Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nik Abduh Nik Abdul Aziz meminta ahli PAS jangan menganggap UMNO sebagai 'musuh' sampai akhirat.
Sebaliknya, menurut beliau, ahli PAS mesti berfikir jauh ke hadapan bahawa perjuangan Islam ini bukan hanya soal PAS-UMNO tetapi perjuangan Islam adalah bagaimana PAS hendak membawa agama ini diterima oleh masyarakat.
"Kita tahu bahawa kalau PAS sahaja hendak pada Islam orang lain tak nak, maka tak ke manalah. Maka, kita cuba kembangkan bagaimana PAS ini bergerak ke dalam masyarakat, tidak kira orang yang dah terima perjuangan kita, ataupun UMNO, ataupun bukan UMNO yang masih lagi jauh dan kita cuba usaha dekatkan," katanya.
Nik Abduh berkata demikan kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak kali ke-34 di Hotel MH Sungai Siput pada Ahad. Hadir sama ketua dewan Pemuda PAS Negeri Perak, Ustaz Mohd Akmal Kamaruddin dan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Razman Zakaria.
Menurut beliau, perkembangan Islam lahir daripada masyarakat dan bukan lahir dalam kelompok pemimpin tertentu.
"Maka saya minta supaya Pemuda PAS yang umur mereka masih panjang dalam perjuangan ini supaya berfikir secara lebih besar jangan hanya fikir politik yang hanya berkisar kepada PAS dan UMNO sahaja," ujarnya.
Ditanya mengenai kerjasama UMNO dengan PAS, katanya kerjasama itu adalah untuk agama dan ummah.
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment