Monday 21 October 2013

Kesian Ali Rustam.. Ditolak 5 Daripada 6 Bahagian Umno Melaka

Lima daripada enam bahagian di Melaka didapati menolak bekas ketua menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai naib presiden pada pemilihan Umno di negeri itu Sabtu lalu.

Selain Masjid Tanah, Alor Gajah, Kota Melaka dan Jasin, bahagian Tangga Batu diketuai Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron sendiri turut tidak memilih Mohd Ali, lapor Berita Harian hari ini.


Laporan itu menyebut, Mohd Ali – bekas pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka selama 13 tahun – mendapat tamparan hebat apabila bahagian Bukit Katil yang diketuainya, tidak memberikan sokongan mutlak.

Mohd Ali menjadi pilihan kedua dalam senarai calon naib presiden yang diputuskan oleh bahagian tersebut.

Laporan juga menyatakan perwakilan semua enam bahagian secara keseluruhannya sepakat meletakkan Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai pilihan pertama dan Datuk Muhkriz Mahathir pula pilihan ketiga.

Manakala lima bahagian lagi mengundi Datuk Shafie Apdal sebagai pilihan kedua.

Laporan itu juga menyebut, bagi jawatan Majlis Tertinggi, semua bahagian – Masjid Tanah, Alor Gajah, Tangga Batu, Kota Melaka, Jasin dan Bukit Katil sepakat memberi undi tertinggi kepada Idris.

Ali dapat 7 undi

Dalam pemilihan untuk jawatan naib presiden tersebut, Mohd Ali hanya mendapat undi dari tujuh bahagian (15,294 undi perwakilan), sama banyak dengan bahagian yang menyokong Tan Sri Mohd Isa Samad (12,783 undi perwakilan).

Ahmad Zahid mendahului dengan sokongan 188 bahagian (94,562 undi perwakilan), diikuti Mohd Shafie Apdal dengan sokongan 177 bahagian (82,252 undi perwakilan).

Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula mendapat 101 undi (56,604 undi perwakilan) untuk mengatasi Datuk Mukhriz Mahathir yang menerima 93 undi (57,189 undi perwakilan).

Sementara itu, Utusan Malaysia hari ini melaporkan Ali berasa terkilan apabila hanya satu daripada enam bahagian Umno di negeri itu mengundinya untuk jawatan tersebut.

"Inilah dunia politik sebenarnya yang dapat saya rasakan. Apa salahnya saya diberi peluang mengisi satu daripada tiga tempat bagi jawatan naib presiden.

"Kalau nak pilih satu sahaja mungkin keadaan sebaliknya, namun di Melaka saya lebih berasa terkilan kerana tidak mendapat sokongan langsung.

"Inilah hakikat yang harus saya akui. Apabila saya tidak memegang sebarang jawatan di negeri atau Pusat, tiada siapa nak lihat saya, tetapi dulu ketika 13 tahun jadi ketua menteri, semua sokong saya," katanya seperti dilapor akhbar itu.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP