"Polis mempunyai SOP-nya yang tersendiri. Tidak ada dalam SOP itu menyatakan mesti tembak amaran dulu. Yang pertama, gengster itu lari dulu. (Itu) kalau tidak ada senjata.
"Yang keduanya, kalau ada senjata, polis mati dulu," katanya dalam wawancara dengan IMRTV yang dimuat naik ke Internet semalam.
Sehubungan itu, beliau menegaskan maklumat inteligent penting bagi memastikan sasaran selepas mendapat maklumat bahawa penjenayah terbabit dikenalpasti memiliki senjata dan menjadi samseng.
"Saya cuma kata gengster mesti dihapuskan. Jadi terpulang kepada ketua polis negara, ketua polis negeri, pengarah CID, (bahagian) siasatan jenayah untuk melakukannya. Jadi, asalkan SOP-nya diikuti," katanya.
Tanpa menyebut nama, beliau dipercayai merujuk pendedahan Malaysiakini berhubung kenyataannya kontroversinya mengenai isu "tembak dulu" suspek penjenayah dalam sebuah majlis di Melaka pada Sabtu lalu.
Dalam wawancara itu juga, Zahid yang juga naib presiden Umno turut menasihatkan sebuah "portal berita" supaya tidak meracuni pemikiran rakyat dan tidak memutarbelitkan fakta.
'Mereka lanyak saya'
Dengan nada tegas, Zahid menegaskan bahawa seorang wartawan perlu bersikap profesional, dan portal berita pula hendaklah terbuka dan tidak menetapkan agenda memburuk-burukkan parti tertentu dan kerajaan.
"Keluarkanlah ayat sepenuhnya. Jangan ambil separuh-separuh, yang dipanggil separuh benar. Kenapa bila saya bercakap tentang mereka, mereka lanyak saya.
"Saya fikir, kalau mereka terbuka, kita pun terbuka. Jangan minta (kita) terbuka, mereka tertutup. Itu namanya jumud. Dan saya fikir ini harus dilihat, jangan ada agenda setting.
"(Tesis) PhD saya adalah dalam bahagian media, agenda setting adalah tajuk (PhD) saya. Ini adalah agenda yang ditentukan oleh mereka untuk memburukkan seseorang, parti (dan) kerajaan.
"Jadi wartawan yang profesional. Jangan jadi wartawan jalanan, yang mencari bahan dan memutarbelitkannya," tegasnya.
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment