Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan bahawa kemenangan dua pemimpin sayap parti Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, bukan penentu kemenangannya.
Katanya, kemenangannya bergantung di tangan 150,000 perwakilan dan apa yang dimainkan dalam blog atau forum mengenai dirinya bukanlah pandangan benar.
"Saya ingin tegaskan kemenangan saya bukan kerana sayap tetapi kerana tuan, ia bersandarkan kepada isu, kepimpinan, ujian dan pengalaman," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan pemimpin Umno negeri Pulau Pinang di sini hari ini.
"Ini kerana pada pemilihan Umno 2008, seramai lapan orang bertanding dimana mereka (blogger) kata saya tiada peluang dan kalah pada kedudukan nombor lapan tetapi saya dapat nombor dua," katanya.
Ditanya keyakinannya untuk mempertahankan jawatannya, Hishammuddin berkata beliau mahu perwakilan membuat keputusan bersandarkan kebenaran dan keadilan ke atas dirinya.
Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan itu berkata anggota Umno perlu memilih barisan kepimpinan parti berdasarkan kewibawaan,pengalaman serta kepimpinan pemimpin yang sudah teruji.
"Pemilihan dalam Umno amat penting. Pemilihan dalam kita menentukan anggota majlis tertinggi, barisan naib presiden mestilah selari dengan kehendak mereka yang sudah lalui pahit getir kepimpinan Umno dan negara," katanya.
Beliau turut mengingatkan para perwakilan agar mengetepikan soal emosi ketika mengundi.
"Saya berharap para perwakilan akan mengundi pemimpin yang boleh bekerjasama dengan pucuk kepimpinan untuk memastikan parti akan kekal relevan," katanya.
– Bernama
Monday, 14 October 2013
Hishamuddin Sudah Terbayang Detik Kekalahan
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment