Wednesday, 9 October 2013

Mufti Sabah Diheret Ke Mahkamah

Pemimpin Kadazan, melalui Persatuan Kadazan Sabah (KSS) memfailkan salam malu terhadap Mufti Bungsu Aziz Jafaar atas kerana didakwa menyifatkan kaum itu sebagai "bangsa yang dicipta".

Saman malu itu difailkan oleh Timbalan Presiden KSS Sylvester Disimondi mahkamah daerah Penampang semalam selepas kenyataan Bungsu itu menimbulkan kemarahan mereka, lapor The Star.


"Perasaan dan maruah kami terguris dan tidak boleh diubati jika tidak diselesaikan di mahkamah adat.

"Mufti Bungsu oleh itu diperlukan menganjurkan pendamaian kepada masyarakat Kadazan selaras dengan undang-undang adat," beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita.

Bungsu diwajibkan hadir di mahkamah adat itu dalam tempoh 21 hari selepas saman difailkan. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan waran tangkap dikeluarkan terhadapnya.

Bungsu, berketurunan Brunei-Suluk, belum dilapor memberikan sebarang penjelasan berhubung kenyataannya itu.

Bungsu pada 28 Oktober lepas dilapor berkata, untuk penyatuan Islam, suku kaum seperti Kadazan, Murut dan Dusun perlu 'dimelayukan' sebagai satu rumpun Melayu, seperti di semenanjung.



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP