YAN: Datuk Mukhriz Mahathir kesal dengan tindakan PAS yang cuba meraih simpati apabila mempolitikkan kunjungan mereka ke rumah bapa kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang diserang penyakit angin ahmar sejak tiga tahun lalu.
Menteri Besar Kedah itu berkata, tindakan calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat bersama Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar menziarahi Baharom Ramli, 77, di kediamannya di Kampung Ulu Sedaka menimbulkan tanda tanya khususnya mengenai keikhlasan dan motif disebalik tindakan tersebut.
"Ini soal keikhlasan, saya tertanya-tanya mengenai niat calon PAS apabila beliau menziarahi bapa kepada Datuk Seri Jamil Khir Baharom, kemudian ambil gambar dan terus muat naik (di internet)," katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) PRK Sungai Limau di sini, Jumaat.
Mengulas lanjut Mukhriz yang juga Pengerusi BN Kedah berkata BN juga ada menziarahi balu Allahtarham Tan Sri Azizan Abdul Razak iaitu Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah di Alor Setar.
Namun menurut Mukhriz beliau tidak menghebahkan mengenai kunjungan tersebut kepada media demi kepentingan politik BN.
"Kalau nak cakap mengenai ikhlas, malam selepas hari pengumuman calon BN (Isnin malam), saya bawa (calon BN) Dr Ahmad Sohaimi (Lazim) buat kunjungan hormat kepada Puan Sri Faekah dan keluarganya di Alor Setar.
"Saya berada di rumah tersebut selama dua jam, bersembang-sembang mengenai pelbagai perkara dan memperkenalkan calon kita sebagai kunjungan hormat," katanya.
Jelas Mukhriz, BN tidak terdesak menghebahkan kunjungan tersebut bagi meraih sokongan khususnya di kalangan penyokong Azizan sebaliknya menghormati kredibiliti bekas pemimpin PAS itu.
"Maklumlah tempat ini (Sungai Limau) adalah tempat arwah. Tapi tidak pula kita nampak gambar daripada pertemuan itu yang saya muat naik.
"Kerana saya fikir kita perlu tunjuk hormat, bak kata orang nak masuk kawasan orang, elok beri salam dulu. Tidak pula saya gunakan pertemuan itu sebagai modal kempen," katanya.
Friday, 25 October 2013
Mukhriz Gelabah Bila PAS Guna Bapa Jamil Khir Sebagai Modal Kempen
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment