Wednesday, 23 October 2013

Perang Bermula Di Sungai Limau

Penamaan calon bagi pilihan raya N20 Sungai Limau akan berlangsung di Dewan Datuk Madi Yan, Kedah pagi ini.

Pencalonan akan bermula jam 9 pagi dan penyokong BN serta Pakatan Rakyat dijangka mula berkumpul di pusat penamaan calon seawal jam 8 pagi.


Personaliti-personaliti penting dari Pakatan Rakyat dan BN dijangka turun mengiringi calon masing-masing untuk menyerahkan borang.

Jika semuanya berjalan seperti dirancang, pekan Sungai Limau yang tenang ini akan menyaksikan pertembungan dua penjuru di antara calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52 tahun menentang calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat, 37 tahun.

Di atas kertas, Sohaimi dilihat mempunyai profil yang lebih menonjol sebagai bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).Azam pula seorang penolong kanan ko-kurikulum di sebuah sekolah agama di Kedah.

Kempen akan berlangsung selama 12 hari dan hari mengundi jatuh pada 4 November.

Kerusi Sungai Limau yang terletak dalam Parlimen Jerai kosong berikutan kematian anggota dewan undangan negeri merangkap bekas menteri besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 26 September.

Pada pilihan raya 5 Mei lalu, Azizan menewaskan Fazillah Mohd Ali daripada BN dengan majoriti 2,774 undi.Azizan menang dengan 13,294 undi berbanding 10,520 yang dimenangi BN - dan calon-calon bebas memperolehi 100 dan 84 undi.Bagaimana pun, Kedah jatuh ke tangan BN selepas pilihan raya Mei lalu.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP