Tuesday, 29 October 2013

Lawak Bodoh Dari Shahidan Kassim

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, mustahil untuk calon dalam pemilihan Umno baru-baru ini melakukan politik wang kerana lebih 140,000 perwakilan yang terlibat dalam pemilihan itu.

"Bayangkan terdapat 146,500 perwakilan yang terlibat dalam pemilihan itu, dan untuk memastikan kemenanganya, seseorang calon yang mahu mengamalkan politik wang harus membayar lebih 60 peratus perwakilan iaitu lebih kurang 75,000 orang," katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen di sini, hari ini.


Shahidan yang mengekalkan jawatan anggota majlis tertinggi pada pemilihan itu berkata calon yang dikatakan terlibat dengan politik wang itu harus mengeluarkan belanja yang banyak sehingga mencecah jutaan ringgit.

"Jika dia membayar hanya RM100 kepada 75,000 perwakilan, itu sudah mencecah RM7.5 juta, mustahil terdapat calon Umno yang begitu kaya, jika saya mempunyai wang sebegitu banyak lebih baik saya berikan kepada rumah kebajikan untuk anak yatim atau ibu tunggal," katanya.

Shahidan diminta mengulas dakwaan kononnya calon yang menang dalam pemilihan Umno baru-baru ini mengamalkan politik wang.

Sementara itu, Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad meminta sesiapa yang mempunyai maklumat tentang politik wang, supaya melaporkannya kepada badan disiplin Umno secepat mungkin.

- Bernama

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP