Tuesday, 22 October 2013

Pengundi Sg. Limau Diugut Secara Halus

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir memberi jaminan bahawa kerajaan negeri tidak akan menghukum pengundi DUN Sungai Limau jika BN tidak berjaya merampas kembali kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil 4 November.

Tanpa menamakan mana-mana individu, beliau berkata sesetengah pihak sebelum ini mendakwa beliau tidak akan membawa sebarang pembangunan di kawasan tersebut sekiranya BN gagal merampas semula kerusi tersebut.


Dalam ucapannya selepas pengumuman calon BN bagi pilihan raya kecil kawasan berkenaan petang ini, Mukhriz berkata kemenangan BN di kawasan tersebut akan mengukuhkan kerjasama di antara kerajaan BN negeri dan kerajaan Persekutuan.

"Sudah tentu kerjasama antara kita dan Pusat akan direalisasikan dan menyaksikan kita dan pusat ini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.

"Tidak ada unsur ugutan dan apabila BN berjanji kita akan menepati janji," katanya sewaktu berucap kepada lebih 1,000 penyokong parti tersebut di Bilik Gerakan Pusat BN Sungai Lentang, Gurun, Kedah petang ini.

Beliau turut berikrar sebarang pembangunan akan mengambil kira suara penduduk setempat.

"Tidak akan berlaku sebarang projek termasuklah di (kawasan) parlimen Jerai jika ia tidak beri manfaat kepada rakyat setempat itu," katanya.

Dalam majlis tersebut, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bekas pensyarah Ahmad Sohaimi Lazim sebagai calon BN dan menyampaikan watikah untuk bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.

Penyandang kerusi tersebut, Allahyarham Datuk Seri Azizan Razak mempertahankan kawasan Sungai Limau selama lima penggal.

Ahmad Sohaimi akan berdepan dengan Ketua Pemuda PAS Jerai Azam Samad dalam pilihan raya kecil 4 November. Nama Azam dijdiumumkan oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu majlis di Sungai Limau sebentar tadi.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP