BUKIT MERTAJAM: Polis mendapat perintah menahan reman tujuh individu, termasuk dua anggota polis dan seorang wanita, selama lima hari bagi membantu siasatan kes kematian seorang pemungut hutang.
Pendaftar Kanan Mahkamah Ahmad Faiz Md Zin memerintahkan kesemua suspek, yang berusia antara 30 dan 55 tahun, ditahan reman sehingga 19 Oktober ini bagi membolehkan polis melakukan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Kesemua suspek diwakili peguam Lim Boon Beng dan Christine Khor.Dalam kes itu, mangsa, Kang Seak Siong, 38, meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya akibat pendarahan teruk di bahagian perut kiri dua jam selepas ditembak di sebuah pusat hiburan pada awal pagi Isnin lepas.
Sebelum itu, mangsa dan seorang daripada suspek dikatakan bertengkar.Terdahulu, Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, suspek utama kes itu adalah anggota pasukan cegah jenayah yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim.
"Siasatan awal mendapati ia berpunca dari perselisihan faham antara mangsa dan suspek sehingga suspek melepaskan satu das tembakan ke arah mangsa.
"Suspek sememangnya dibenarkan membawa senjata api tidak kira sama ada ketika bertugas atau tidak, namun kita menyiasat dari sudut penyalahgunaan kuasanya hingga menyebabkan kematian," katanya.
Beliau berkata, pemeriksaan di lokasi kejadian turut menemui satu kelongsong peluru jenis 9mm Luger serta satu peluru hidup jenis SME 9mm dan polis merampas senjata api milik Polis Diraja Malaysia bagi membantu siasatan. - BERNAMA
Wednesday, 16 October 2013
Kematian Pemungut Hutang: Tujuh Individu Termasuk Dua Anggota Polis Direman
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment