Wednesday 2 October 2013

Kisah Kem. Belia Dan Sukan Dikencing Penaja

Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan menjawab bagi Menteri KBS sebelumnya Shabery Cheek. Melalui laporan berita, lunak Khairy menjawab menyedapkan telinga yang mendengar. Pandang serius, kata Khairy.

“Yang pasti, kami di KBS akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan ketirisan dan kepincangan dapat diatasi. Dana kerajaan adalah wang rakyat. Kita mesti bertanggungjawab pada setiap sen yang dibelanjakan,” katanya.


Khairy berkata prinsip kebertanggungjawaban bersama amat bermakna baginya dan “saya mesti menjawab dan bertindak ke atas apa yang berlaku dalam kementerian saya.

“Kita tidak boleh lari dari tanggungjawab dan amanah,” katanya dalam laman sosial Facebooknya.Khairy juga mengakui konsert K-Pop – U-Kiss, Teen-Top dan Dal shabet dibayar KBS.

“Kenyataan awal bahawa konsert itu ditaja oleh pihak swasta dibuat kerana pada ketika itu ada tawaran dari pihak swasta untuk menaja aktiviti tersebut.

“Namun, tajaan itu akhirnya tidak diberi dan KBS terpaksa tanggung pembayaran untuk konsert K-pop di Hari Belia 2012,”Pengakuan Khairy yang KBS begitu mudah diperbodohkan.

Takkan penaja lari begitu sahaja. Apa perjanjiannya. Seronoklah bagi yang nak menaja, boleh lepas tangan begitu sahaja. Mudahlah juga bagi penaja nak bodohkan KBS.Kesimpulannya, sebenarnya tak ada penaja pun.

Sebelum ini semasa riuh diperkatakan tentang K-Pop, menteri nak mengelak dan mudah nak menjawab maka dikelentong ada penaja.

Orang ramai pun diamlah, akhirnya Laporan Audit bongkarkannya, barulah kita tahu menteri sebelum ini berbohong.Satu lagi syarikat mana yang nak menaja sehingga RM1.6 juta.

Cuba tanya pula siapa yang membayar Oppa Gangnam Style di Pulau Pinang sebelum PRU lalu. Kalau ada penaja kita cabar Khairy cuba dedahkan penaja tersebut, barulah orang tahu KBS tak menipu.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP