Wednesday 1 January 2014

10,000 banjiri Dataran Merdeka, kerajaan tak 'terguling'

KUALA LUMPUR - Buat pertama kali dalam sejarah sambutan Tahun Baru di Dataran Merdeka malam ini, tiada detik menanti 1 Januari.

Detik itu digantikan dengan sambutan bunyi tiupan vevezuela serta laungan Hidup Rakyat.

Perkara ini terjadi dek kerana 'kejayaan' peserta Turun memberhentikan konsert KL New Year Countdown 2014 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).


Bagi menyelamatkan keadaan kerana 'kejayaan' peserta Turun tersebut, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Phesal Talib tampil ke atas pentas konsert bagi menenangkan keadaan.

Ucapan beliau mengenai perlunya rakyat menjaga keharmonian serta keamanaan negara, walaupun di 'boo' peserta Turun sedikit sebanyak membantu menenangkan keadaan.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP