Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang (gambar) menyifatkan cadangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kembali ke Putrajaya merupakan isyarat pemberontakan dalam Umno.
Bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin hari ini dalam tulisan blognya menyuarakan cadangan supaya Dr Mahathir kembali ke Putrajaya.
"Cadangan tersebut bukan saya undi tidak percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.
"Tetapi juga adalah isyarat plot dan konspirasi daripada kuasa tindak balas anti-demokratik dalam Umno dan Barisan Nasional untuk memberontak," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini merujuk kepada tulisan Zainuddin dalam blognya.
Ahli Parlimen Gelang Patah berkata gesaan tersebut sememangnya sudah dijangka memandangkan pentadbiran Najib dilihat lemah khususnya dlam menangani isu kalimah Allah selain cadangan supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikembalikan semula selepas dimansuhkan oleh Najib pada tahun 2012 lalu.
"Zainuddin Maidin hanya menguji untuk melihat sama ada rakyat Malaysia bersedia untuk melihat Mahathir kembali ke Putrajaya," kata Lim lagi.
Namun, Lim menegaskan negara tidak perlukan Dr Mahathir kerana langkah tersebut hanya akan menyebabkan Malaysia lebih lagi ketinggalan dalam mencapai status negara maju.
"Malaysia tidak perlukan Mahathir kembali ke Putrajaya atau polisi Mahathir dikembalikan dimana telah menyebabkan berjuta bakat negara yang baik hilang begitu sahaja," tegas Lim lagi.
Penasihat DAP tersebut juga berkata Mahathir harus bertanggungjawab kerana kegagalan menggunanakan sumber manusia dan asli yang dimiliki untuk membangunkan Malaysia hingga mengakibatkan rasuah berleluasa, salah guna kuasa, kronisme dan juga sistem kehakiman negara tercalar.
"Kembalikan Mahathir adalah jalan penyelesaian paling buruk untuk negara," ujarnya lagi.
Baru-baru ini, Dr Mahathir yang mengetuai negara dari 1981 hingga 2003 mencadangkan kepada Putrajaya untuk mengembalikan ISA bagi mengawal kumpulan “minority ekstremis”, yang didakwanya menjejaskan kestabilan negara.
"Untuk ekstremis seperti kumpulan itu, kita perlu ISA," kata Dr Mahathir kepada wartawan pada Khamis selepas menjadi tetamu dalam rancangan Hello On Two di RTM2.
Cadangannya itu mendapat sokongan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berharap ISA diperkenalkan semula selepas dimansuhkan, dua tahun lalu.
"Ya, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) mencukupi, tetapi apa salahnya dengan ISA?
"Kedua-dua undang-undang itu sesuai untuk sebab berlainan. Sebagai pegawai penguatkuasa undang-undang, saya mengalu-alukan undang-undang yang boleh membantu saya mengekalkan keselamatan dalam negara dan ketenteraman awam," katanya.
Sejak Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei tahun lalu, terdapat penyokong Dr Mahathir, termasuk veteran Umno dan blogger yang mendesak supaya bekas perdana menteri itu kembali kerana masih ramai ingat kepimpinan Dr Mahathir yang tegas dalam membuat keputusan sehingga memimpin kepada kerajaan lebih kuat.
Menjelang 2014, ketegangan berlaku lagi berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam sementara kumpulan Islam bertegas perkataan Allah itu adalah eksklusif untuk Islam. – tmi
Sunday, 12 January 2014
Bawa Mahathir Ke Putrajaya Bukti Wujud Pemberontakan Dalam Umno
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment