Wednesday, 29 January 2014

Ron 97 Dan Tol Dijangka Naik Bulan Depan?

KERAJAAN dijangka akan menaikkan lagi harga Petrol RON95 dan diesel serta kadar tol sebelum pengagihan BR1M 3.0 kepada 7.9 juta rakyat pada pertengahan Februari 2014 ini.

Pengurangan subsidi terhadap Big Ticket Items iaitu seperti petrol, diesel, tol serta elektrik mampu menjana penjimatan yang besar kepada kerajaan.


Menurut anggaran Pemandu, kenaikan harga Petrol RON95 dan diesel seharusnya dinaikkan sebanyak RM 0.10 sen seliter setiap 6 bulan. Kenaikan tersebut akan disusuli dengan pelbagai langkah mitigasi untuk meringankan beban rakyat dan kerajaan akan menikmati lebih penjimatan setiap tahun. Bagi tol, kenaikan akan tetap berlaku sepertimana dalam perjanjian konsesi.

Beberapa signal awal telah diberikan oleh kerajaan antaranya kenyataan perdana menteri berhubung langkah pemberian subsidi bersasar khususnya mengenai Petrol RON95.

Pihak Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia juga telah membuat tinjauan yang mendakwa kos pengangkutan awam akan naik antara 25 peratus hingga 30 peratus sekiranya kadar tol akan dinaikkan tidak lama lagi.

Walaubagaimanapun, ia bergantung kepada tahap pengawalan defisit dan hutang kerajaan. Cuma apa yang dibimbangkan ialah peningkatan hasil yang diperoleh oleh kerajaan tidak disalurkan secara tepat bagi memulihkan kewangan awam.

Contohnya, Laporan Ekonomi 2013/2014 menunjukkan kerajaan mempunyai peningkatan perolehan hasil, namun lebihan tersebut tidak digunakan secara efisyen untuk mengurangkan beban hutang, sebaliknya menambah perbelanjaan mengurus kerajaan.

Biasanya ramai yang menelah, strategi dan pendekatan kerajaan adalah 3+2 atau 4+1. Tiga tahun selepas pilihanraya umum diadakan adalah tempoh terbaik untuk mendapat pulangan daripada menekan rakyat, manakala dua tahun selepas itu adalah tempoh memujuk serta membeli undi rakyat.

Jika kenaikan ini berlaku, maka terbukti bahawa kerajaan melakukan pengkhianatan terhadap segala janji yang ditaburkan. Diharap rakyat tidak mudah lupa dan bingkas menuntut keadilan.


NASRUDIN HASSAN
Ahli Parlimen Temerloh
AJK PAS Pusat

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP