Saturday 25 January 2014

PERKASA hentam Najib berhubung isu "Allah"



NGO pendesak Melayu, PERKASA berkata ia tidak nampak ketegasan dan juga ketelusan perdana menteri selaku presiden Umno serta ahi Majlis Teringginya untuk mempertahankan Kalimah Allah daripada terus digunakan oleh penganut Kristian.

Dalam satu kenyataan, Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam PERKASA,  Shamsuddin Moner berkata, sepatutnya presiden dan MT Umno mesti berani membuat penegasan bahawa semua gereja dan paderi Khatolik di negara ini mesti akur dan menghormati keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober 2013 bahawa kalimah Allah hanya eksklusif untuk umat Islam dan The Herald tidak dibenar menggunakan kalimah tersebut.

Mahkamah Rayuan dalam keputusannya membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2010  bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri terhadap  The Herald daripada menggunakan kalimah Allah adalah tidak sah.

"Tiada satu pun kecaman dibuat oleh MT Umno yang bermesyurat (semalam) terhadap pihak-pihak yang terus pertikaikan keputusan Mahkamah Rayuan.

"Begitu juga terhadap mereka yang pertikaikan titah Yang di-Pertuan Agong bahawa kalimah Allah adalah esklusif untuk umat Islam," tegas Shamsuddin.

Sehubungan itu, beliau bertanya apakah MT Umno juga tidak bersetuju denga  titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu lain yang pernah bertitah sedemikian.

Shamsuddin juga menegaskan bahawa penyelesaian 10 Perkara yang dinyatakan oleh perdana menteri dalam suratnya seperti dihebohkan oleh Datuk Idris Jala mengenai pengedaran Bible bahasa Melayu yang dibenarkan di Sabah dan Sarawak adalah tiada kaitan dengan kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan Bible dalam bahasa melayu.

"Surat berkenaan bukannya membenar penggunaan kalimah Allah dalam Bible, tetapi lebih bersifat umum yang membenarkan penerbitan Bible dalam bahasa Melayu sahaja.

"Ini bermakna soal membenarkan Bible dalam bahasa Melayu dan juga soal penggunaan kalimah Allah bagi menterjemah perkataan 'God' dalam The Herald dan Bible bahasa Melayu adalah dua perkara yang amat berbeza," tegasnya..

Menurutnya lagi, menerbitkan Bible dalam bahasa Melayu tidak menjadi halangan dan bukan perkara pokok dalam Keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Tahun 2008 dan juga keputusan penghakiman Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober 2013.

"Isu pokok adalah merterjemahkan 'God' kepada Allah dan menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada perkataan 'God' ataupun Lord dalam versi asal Bible bahasa Inggeris," tambahnya.

Sehubungan itu, Shamsuddin bertanya  adakah perdana menteri faham tentang isu pokok tersebut.

"Justeru, kami dari Biro Hal Ehwal Islam PERKASA menggesa  perdana menteri selaku presiden Umno supaya jangan mengambil mudah membuat ketetapan mengenai isu kalimah Allah ni dalam Mesyuarat MT Umno.

"Datuk Seri Najib wajib memanggil para alim ulama sama ada Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dan juga golongan ulama terkemuka dunia untuk mendapatkan penjelasan mengenai isu pokok yang bersangkutan dengan soal aqidah ini.

"Kami mahu isu ini diselesaikan oleh Majlis Raja-Raja Melayu seperti yg termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Fasal 38 (2), (b) berkenaan fungsi Majlis Raja-Raja: 'Majlis Raja-Raja hendaklah menjalankan fungsinya bagi mempersetujui atau mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama diperluaskan ke Persekutuan secara menyeluruh'."

"Ini bermakna Majlis Raja-Raja boleh menyekat dan menghalang apa-apa upacara agama seperti yang dicabar oleh Paderi Lawrence Andrew untuk menggunakan kalimah Allah di seluruh gereja di Selangor dalam setiap upacara keagamaan roman khatolik," tegasnya

Sehubungan, Shamsuddin berkata perdana menteri tidak perlu perlu merujuk kepada Datuk Idris Jala semata mata untuk mengambil hati hati dan jaga politik di Sabah dan Sarawak.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP