Bekas pengerusi bersama BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga menegaskan bahwa PKR berhutang penjelasan kepada rakyat mengenai tindakan parti itu mengosongkan kerusi DUN Kajang bagi membolehkan satu pilihan raya kecil diadakan.
Sambil menegaskan bahawa PKR kelihatan seperti sedang cuba menyelesaikan krisis dalaman kepimpinannya melalui tindakan tersebut, Ambiga berkata beliau menunggu penjelasan tersebut bersama satu alasan yang kuat.
"Saya rasa mereka berhutang penjelasan tersebut, saya
mahukannya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi dialog dengan pemimpin DAP Lim Kit Siang (kiri) malam tadi.
Beliau juga ditanya mengenai sama ada PKR membazir wang rakyat dan masa dengan mewujudkan pilihan raya kecil tersebut.
"Sudah tentu... kerana belum sampai setahun selepas (pilihan raya umum ke-13), wang perlu dibelanjakan kerana pilihan raya kecil ini. Itulah sebabnya rakyat tidak gembira mengenainya, mereka tidak memahaminya," tambahnya.
ADUN PKR, Lee Chin Cheh meletak jawatansebagai wakil rakyat Kajang dua hari lepas. Semalam, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding kerusi tersebut.
Bagaimanapun , Anwar menafikan beliau akan menggantikan Khalid sebagai menteri besar sekiranya menang , dengan mendakwa pilihan raya kecil itu akan membantu parti itu "mengoptimakan prestasi kami di negeri tersebut".
Wednesday, 29 January 2014
PKR berhutang penjelasan kepada rakyat
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment